Friday, October 4, 2013

Syaitan educated

Syaitan itu tugasnya sentiasa ingin menyesatkan manusia.Iblis telah bersumpah  bahawa dia akan menyesatkan seluruh umat manusia.Disaat-saat kematian pun,syaitan akan tetap dengan tugasnya agar manusia menyimpang dari jalan kebenaran.

Dahulu,biasa terdengar cerita begini.Disaat-saat kematian,syaitan atau iblis akan datang berupa orang terdekat;ibu,ayah,adik-beradik,atau saudara-mara.Mereka akan datang supaya manusia itu tersimpang dari jalan yang lurus.

Syaitan akan hadir berupa orang terdekat dan membisikkan seperti ini.

"Wahai anakku,ikutlah jalan ini(jalan sesat),mudah-mudahan kamu akan selamat"

Setiap manusia ada bahagian masing-masing dalam menghadapi maut bergantung kepada amalannya semasa hidup.Ada yang berkesudahan baik dan ada yang berkesudahan tidak baik.

Al-kisah dizaman yang moden ini,disaat-saat kematian hampir menjengah.....

Tuan Rasyid merupakan orang Islam terkaya di Malaysia.Harta kekayaannya melimpah-ruah.Beliau yang dahulunya kuat mencari harta kekayaan kini hanya mampu terdampar di atas tilam.Mungkin faktor usia yang membuatkannya sedemikian rupa.

Keadaannya sudah semakin nazak.Rumahnya dipenuhi kaum keluarga dan jiran tetangga yang membacakan surah yassin kepadanya.Beliau sudah lemah longlai,tidak terdaya lagi,matanya terkebil-kebil,nafasnya juga sudah turun naik.Melihatkan keadaanya itu,kaum keluarga dan jiran tetangganya seperti sudah dapat menduga bahasa usia hartawan itu sudah tidak lama.Anak sulungnya,Hashim duduk menghampiri diri ayahnya.Dipegangnya tangan kanan ayahnya dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya mengusap lembut kepala ayahnya.Bibirnya didekatkan ke telinga ayahnya.

"Ayah,ikut Hashim mengucap ...Lailahailallah,Muhammadurrasulullah....
Tidak menjawab,Rasyid masih dengan nafasnya yang turun naik itu.
Hashim tidak berputus asa,dicubanya untuk kali kedua mengajar ayahnya mengucap.Tetap sama.Kali ketiga pula ayahnya sudah bersuara,tapi bukannya mengucap kalimah shahadah seperti yang diajarkan anaknya,akan tetapi...

"Beg hitam,beg hitam,beg hitam..."itu dilaungkan Rasyid.Tangan anaknya dilepaskan.Agak sedikit terbangun kepala Rasyid.Matanya tertumpu kearah almari yang tidak berapa jauh dari tempat pembaringannya.Jari telunjuk kanannya menunjukkan kepada almari itu sambil masih berkata beg hitam tidak henti-henti.Nafasnya tercungap-cungap.

Hashim berpaling kearah almari yang ditunjukkan ayahnya.Dia hairan melihat perilaku ayahnya itu.Apa yang dimaksudkan ayahnya beg hitam itu dan apa yang berada didalam almari itu? Fikirnya keliru dengan situasi yang berlaku.

"Man,cuba kau buka almari tu,tengok apa yang ada disitu",arah Hashim kepada adiknya yang bongsu yang kebetulan berada dekat dengan almari yang dimaksudkan.Sebaik sahaja pintu almari dibuka,Tuan Rasyid kembali ke kedudukan asalnya dan berhenti bersuara,nafasnya masih tercungap-cungap.Selang beberapa ketika,beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir,matanya telah pejam dan nafasnya sudah terhenti.Melihat perkara itu,Hashim mengkiamkan bapanya dan menutup arwah dengan kain.Sementara itu,Man terus membelek almari yang disuruh abangnya untuk dibuka tadi.

Man menjumpai satu beg hitam.Mungkin inilah beg hitam yang dimaksudkan ayahnya sebentar tadi,getus hatinya.

"Abang,Man dah jumpa",teriak Man.
Hashim bangun menuju ke arah adiknya.Beg hitam itu dibuka,didalamnya terdapat pelbagai dokumen penting.Dokumen-dokumen itu adalah tender-tender projek milik ayahnya yang bernilai jutaan malahan bilion ringgit.

Mungkin syaitan pada era moden ini tidak perlu lagi untuk menjadi saudara terdekat dalam menyimpang manusia ke jalan kesesatan disaat kematiannya.Cukup sekadar menayangkan beg hitam sahaja.


No comments:

Post a Comment