Thursday, January 26, 2012

Perihal Wanita Solehah



1-Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

2-Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

3-Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

4-Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

5-Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

6-Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

7-Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

8-Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

9-Rasulullah saw bersabda dalam hadisnya bermaksud,"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."

10-Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

Saturday, January 14, 2012

"Sifat Romantik Nabi Muhammad



Rasulullah
SAW adalah contoh yang terbaik seorang suamiyang mengamalkan sistem
Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu
kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda
lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang
paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang
daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya
tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain . Lalu suatu hari
mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak
ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat
suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan
keluar melalui celah-celah jari mereka".
Rasulullah SAW
selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda
acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak
salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk
menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani
dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang
budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap
masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah
tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.
ada yang belum
berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan
perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.
"Ya
Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah
SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah
wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah
orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demikebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya
Back