Saturday, July 17, 2021

Damai abadi

 Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Thursday, July 15, 2021

Matahari buatan?!!!......

    Nama jolokan yang diberi ialah matahari buatan. Sebenarnya ia adalah reaktor nuklear. Reaktor nuklear sebelum ini menggunakan teknik pembelahan nuklear, dari atom yg besar kepada atom- atom yang lebih kecil. Namun, kali ini reaktor nuklear direka dari konsep pelakuran nuklear , dari atom yang kecil disatukan menjadi atom yg lebih besar.

    Kenapa dinamakan matahari buatan? Hal ini demikian kerana hanya di matahari sebelum ini terjadi pelakuran nuklear apabila atom- atom hidrogen yang kecil disatukan menjadi atom helium yg lebih besar.

    Pergabungan atom-atom kecil ini menjadi atom yang lebih besar menghasilkan tenaga nuklear yang sangat berguna dalam penghasilan tenaga elektrik. Reaktor nuklear adalah untuk menghasilkan tenaga elektrik seumpamanya dan tenaga elektrik ni memberi manfaat kepada seluruh kehidupan manusia saat ini.

  
 
Ini adalah bidang termonuklear. Teknik pelakuran nuklear ini dapat menghasilkan tenaga bersih yang jauh lebih baik dari teknik pembelahan nuklear. Selain itu, teknik ini dikata lebih mesra alam.

    Pada ketika ini ia masih di peringkat penyelidikan dan ujian dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada 2035. Harapan bagi projek ini adalah membekalkan keperluan tenaga yang lebih baik, selamat dan mesra alam kepada manusia sejagat.

    Selain itu, projek ini dapat memberi pulangan ekonomi apabila mereka merancang untuk menghasilkan reaktor mini yang boleh dijual kepada negara lain. Selain China, ada beberapa negara lain seperti Perancis, Korea Selatan dll sedang memajukan teknologi ini. Projek penyelidikan dan pembuatan reaktor nuklear menggunakan teknik pelakuran ini telah digerakkan oleh International Termonuclear Experimental Reactor (ITER) yang melibatkan kerjasama antara 35 negara.

    Setakat ini China bermatlamat mencapai kestabilan suhu. Setakat 1 jun 2021 dilaporkan oleh akhbar China telah mengekalkan plasma pada suhu120 juta darjah celcius selama 101 saat dan dan pada suhu 160 juta darjah celcius selama 20 saat.Cabarannya untuk reaktor nuklear menggunakan teknik pelakuran ialah atom-atom akan berlanggar sendiri dan bergabung hanya berlaku pada suhu dan tekanan lampau tinggi . Matlamat ITER ialah menghasilkan 500 megawatt kuasa output dari hanya 50 megawatt kuasa input dan schedule generate plasma pertama pada 2025. Cabaran kini adalah untuk mengekalkan suhu lampau tinggi lebih lama untuk penjanaan tenaga tersebut.