Saturday, December 10, 2011

kelebihan perkahwinan bagi wanita

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan
negatif untuk melahirkan cahaya.
Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.
Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.
Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab Baginda s.a.w, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).”
Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.


Thursday, October 6, 2011

SEJARAH YANG DILUPAKAN: NEGARA PERTAMA MENGGUNAKAN SENJATA ANTI PESAWAT

Untuk memperkuat Negara, Khilafah Utsmaniyah dengan serius mengembangkan Angkatan Udara. Ini dibuktikan dengan hanya enam tahun setelah Wright Brother’s berjaya untuk pertama kali melakukan penerbangan di Ohio, Negara Islam (Khilafah Utsmani) menjadi salah satu negara pertama di dunia yang memulai program penerbangan ketenteraan. Hal ini mengesankan karena menunjukkan umat Islam dengan cepat mengambil teknologi ini untuk mendapatkan teknik baru dan teknologi untuk melindungi negara Islam.
Hal yang sama dilakukan oleh Rasulullah SAW, dalam tarikh at-Tabari dijelaskan Rasulullah SAW telah mengirim dua orang Sahabat ‘Urwah Ibnu Mas’ud dan Ghitan bin Salmah, ke kota Jarash di Suriah untuk mempelajari teknik-teknik pembuatana Dababah (senjata yang mirip tank), Manjaniq (alat pelontar). Persenjataan ini sangat popular digunakan oleh tentara Romawi saat itu.
Era modern penerbangan mulai berkembang diwaktu Revolusi Industri di Eropah. Banyak kemajuan
yang besar dalam penerbangan terjadi di tahun 1800-an di Eropa .Wright Brother’s memecahkan masalah-masalah tenaga dan kontrol teknologi pesawat. Mereka juga berjaya melakukan penerbangan bersejarah pada tahun 1903. Tak lama kemudian, Britain, France, Amerika Syarikat, German, Rusia, dan Itali, memulai program penerbangan militer mereka. Sementara Negara Islam bergabung dengan program penerbangan sendiri (Osmanli Hava Kuvvetleri).
Tidak lama setelah itu, pada tahun 1909 para pegawai ketenteraan Khilafah Utsmani mengundang penerbang Prands ke Istanbul untuk melakukan demonstrasi. Pilot Belgium Baron de Carters datang ke Istanbul dan melakukan trial penerbangan atas undangan Menteri Peperangan Mahmut Sevket Pasha.
Kesedaran dan minat dalam penerbangan ketenteraan pun kemudian meningkat di Negara Islam. Pegawai negara mengirim delegasi ke Konferensi Penerbangan Internasional di Paris. Pada tahun 1910, calon penerbang Muslim dikirim ke Eropah untuk dilatih sebagai pilot, tetapi masalah kewangan dalam negara menyebabkan rencana ini harus ditunda. Namun beberapa pilot masih dilatih di sekolah-sekolah penerbangan di Paris dan mendapatkan sijil (lesen) penerbangan mereka.
Pegawai tentera Khilafah Utsmaniyah sangat menyedari perlumbaan senjata di antara negara-negara Eropah untuk memperkuat angkatan udara. Teknologi ini juga berguna bagi kesejahteraan di masa depan. Menteri peperangan Mahmut Sevket Pasha menunjuk Leftenan Kolonel Sureyya Bey pada tahun 1911 untuk mendapatkan balon, memimpin pembangunan fasilitas penerbangan, dan mengatur pelatihan pilot. Di bawah Unit Riset llmiah Departemen Perang, Komisyen Penerbangan didirikan. Komisyen ini juga terlibat dalam inteligen dan pengumpulan informasi strategik. Pembelajaran yang dilakukan tidak hanya pada pesawat tetapi juga pada persenjataan anti-pesawat. Hal ini terbukti berguna dalam perang dengan Itali.
Pada 1911, Itali menyerbu sebahagian dari Negara Islam yang sekarang disebut Libya. Angkatan udara Khilafah Utsmani yang baru lahir, belum siap untuk menggunakan pesawatnya. Namun upaya untuk pembelian pesawat udara dari France dan pengiriman melalui Algeria ke medan perang belum bisa dilakukan. Dengan 28 pesawat udara dan 4 balon, Itali menjadi negara pertama dalam sejarah yang menggunakan angkatan udara dalam perang. Dengan perkembangan senjata anti pesawat, Negara Islam kemudian menjadi negara pertama dalam sejarah yang menggunakan senjata anti-pesawat dalam perang. Pasukan Muslim berhasil menembak jatuh balon dan pesawat militer lain Itali. Bahkan berhasil merampas beberapa pesawat.
Pada tahun 1912, pilot ketenteraan pertama dari Negara Islam, Kapten dan Leftenan Fesa Yusuf Bey Kenan menyelesaikan latihan mereka di France dan kembali ke Istanbul. Mereka diberikan 2 dari 15 pesawatyang dibeli melalui dana publik. Pada 27April 1912, Fesa Bey dan Yusuf Bey Kenan menjadi pilot Muslim pertama yang menerbangkan pesawat udara di wilayah muslim.Tidak lama setelah itu pada bulan Julai 1912, Sekolah Penerbangan pertama dibuka di Yesilkoy, pinggiran Istanbul, sehingga Negara Islam bisa melatih pilot sendiri. Hal ini menandai langkah penting bagi Negara Islam dari ketergantungan pada negara asing. Jumlah pilot pun meningkat menjadi 18 dan jumlah pesawat bertambah menjadi 17. Hal ini teruji ketika daerah semi-autonomi di Balkan memberontak terhadap Khilafah Utsmani dan menyatakan perang terhadap Negara Islam. Angkatan udara tidak memainkan peranan penting dalam tahap awal konflik ini, tetapi dalam perang tahap kedua 9 pesawat tempur mulai digunakan.
Ketika Khilafah Utsmani baru terlibat dalam Perang Dunia I, Negara Islam itu hanya memiliki 7 pesawat dan 10 pilot. Dengan tekad dan ketekunan para menteri dan bantuan dari sekutu baru di German, angkatan udara tumbuh menjadi 46 pilot, 59 pengamat, 3 balon pengamat, 92 pesawat terbang, dan didukung 13 pilot cadangan dan 22 pengamat pelatihan dan 21 pesawat latihan . Selama perang berlangsung, umat Islam berupaya untuk meningkatkan jumlah pesawatnya dengan menangkap pesawat Britain. Selama perang, total 450 pesawat yang digunakan, diterbangkan oleh 100 pilot Turki dan 150 pilot German. Pengembangan angkatan udara ini merupakan salah satu bukti mengenai bagaimana kesedaran Negara Islam untuk meningkatkan kemampuan perang dan pertahanan negara.
Seperti itulah warisan Negara Islam untuk kaum muslimin dunia. Tetap tulus untuk Islam dan umat Islam, dan melindungi kehidupan dan kepentingan umat Islam. Walaupun di waktu itu keadaan pemikiran ummat islam mula terperosok jauh. Walaupun pada ketika itu negara Islam sudah diambang kejatuhannya, dari sudut pemikiran, tsaqafah islam, dan mula menghadapi zaman pertengahan kemunduran Ummat Islam, Namun pemimpin negara islam (Khalifah) masih tetap berusaha sedaya upaya menjaga keselamatan ummat Islam, walaupun pada ketika itu serangan dari luar dan dalam, serangan dari fizikal hingga mental itu dihadapi oleh Ummat Islam. Sebuah serngan yang amat dahsyat yang datang dari perbagai arah berusaha untuk menjatuhkan negara Islam (Khilafah Utsmaniy) pada waktu itu. Namun Khalifah itu masih lagi terus berusaha untuk mempertahankan kedaualatan negara yang tercinta. Al Khilafah Islamiyah.
Tetapi negara sekular modern Turki hari ini yang merupakan pewaris langsung dari kekuatan udara Negara Islam, yang mana Angkatan Udara Turki adalah merupakan salah satu angkatan yang tertua di dunia. Apa yang dilakukan rejim Turki lakukan ketika umat Islam dibunuh di wilayah-wilayah tetangga Iraq, Lebanon, dan tanah yang diduduki di Palestin dan Israel? Apa yang dilakukan rezim boneka negara-negara Muslim lainnya ketika umat Islam diserang dan dibunuh di tanah mereka sendiri? Dalam ketiadaan Negara Islam, seberapa jauh umat Islam tertinggal dalam teknologi nuklear, teknologi kapal selam, satelit pengawasan, dan teknologi lainnya dalam membela umat Islam? Dimana amir of the ummah, pemimpin bagi Ummat islam? Dimana Sultan Abdul Hamid? Di mana Muhammad Al Fatih? Dimana Salahuddin Al ayubbi? Yang sentiasa berusaha menjaga dan mempertahankan ummat islam darah Ummat Islam yang sentiasa hidupnya mengurusi urusan ummat islam dan melaksanakan perintah Allah?
Ternyata jelas hanya negara yang dipimpin oleh pemimpin Muslim yang tulus, Khalifah, setia kepada Islam dan natijahnya umat Islam dapat memanfaatkan sumber dayanya untuk melindungi mereka dan untuk memajukan mereka.

Tuesday, July 19, 2011

Latihan Kardio Yang Efektif Untuk Pembakaran Lemak-murah dan berkesan



Latihan kardio (kardiovaskular) atau yang sering disebut latihan aerobik adalah jenis olaharaga yang paling mudah dan murah yang banyak memberikan manfaat kesehatan bagi tubuh kita khususnya bagi kesehatan jantung dan kebugaran. Terdapat beberapa jenis latihan kardio yang sudah kita ketahui bersama seperti lari, jogging, senam, bersepeda dan renang. Manfaat besar latihan kardio selain untuk meningkatkan kebugaran adalah meningkatkan pembakaran lemak dalam proses penurunan berat badan.
Mungkin kita sudah tahu atau mendengar bahwa latihan kardio yang baik untuk membakar lemak adalah latihan kardio dengan intensitas rendah atau sedang dalam waktu yang cukup lama (> 45 menit). Itu memang benar, tapi masih ada teknik lain yang lebih efektif dan efisien, tidak membutuhkan waktu yang lama tetapi memberikan hasil yang memuaskan. Teknik tersebut adalah HIIT (High Intensity Interval Training) yaitu latihan kardio yang menggunakan kombinasi antara latihan intensitas tinggi dengan intensitas sedang atau rendah dalam selang waktu tertentu. Contohnya adalah dengan cara berlari sprint kira-kira 20-30 detik dan diikuti dengan berjalan atau lari-lari kecil selama 60-90 detik tergantung dengan kondisi kebugaran masing-masing.

Kenapa HIIT lebih efektif? Latihan dengan intensitas tinggi (misalnya sprint) memacu kerja jantung dengan lebih keras sehingga konsumsi oksigenpun meningkat yang berarti metabolisme tubuh juga meningkat sehingga makin banyak lemak yang dipakai untuk pembakaran. Selain metabolisme pada saat kita melakukan latihan yang meningkat, metabolisme pada saat kita beristirahatpun meningkat, hal ini dikenal dengan istilah RMR (Resting Metabolic Rate) atau tingkatan metabolisme pada saat kita berisitrahat selama 24 jam setelah melakukan HIIT terkait dengan EPOC (Excess Post-Exercise Oxygen Consumption) atau jumlah konsumsi oksigen yang berlebih setelah berolahraga.

Sebuah penelitian yang dilakukan oleh Laval University membuktikan bahwa, HIIT bisa meningkatan pembakaran lemak sembilan kali lebih tinggi dari pada latihan kardio dengan cara biasa. Kelebihan lain dari HIIT adalah disamping meningkatkan pembakaran lemak, masa otot tetap terjaga, jadi otot tidak hilang bersama dengan hilangnya lemak. HIIT sangat efektif bagi para fitness mania yang ingin memperoleh bentuk tubuh yang lean atau kering, jadi otot yang telah terbentuk melalui latihan keras dan lama tidak hilang sia-sia bersama dengan hilangnya lemak.

Kapan waktu yang efektif untuk melakukan HIIT? Latihan HIIT yang efektif adalah latihan yang dilakukan di pagi setelah bangun tidur dalam keadaan perut kosong. Jadi sebelum pergi berolahraga, jangan makan nasi atu gorengan dulu :p, biarkan perut dalam keadaan kosong, minum saja air putih yang banyak untuk mencegah dehidrasi. Kenapa membiarkan perut dalam keadaan kosong? pada saat kita tidur malam, tubuh kita menggunakan cadangan glikogen dalam tubuh untuk proses-proses metabolisme , jadi pada saat kita bangun di pagi hari, level glikogen dalam tubuh kita sudah berada pada level yang rendah, jadi pada saat kita berolahraga, bahan bakar yang dipakai untuk pembakaran sebagian besar diambil dari cadangan lemak tubuh.

Untuk memperoleh hasil yang maksimal, tentunya didukung oleh factor-faktor lain selain latihan itu sendiri, factor-faktor lain tersebut adalah pola makan dan wakti istirahat. Atur pola makan yang baik, pola makan yang baik adalah pola makan yang berimbang antara karbohidrat, protein, lemak, dan mineral serta vitamin. Kurangi konsumsi karbohidrat, makanan-makanan yang berlemak, perbanyak makanan yang berserat dan bervitamin.

Tips:
Untuk meningkatkan pembakaran lemak, setelah berolahraga dan sarapan, minum teh hijau hangat yang tidak dicampur gula, pahit memang, tapi lebih berkasiat dibanding yang sudah berada dalam kemasan.

Sebaiknya pagi setelah berolahraga jangan lupa untuk sarapan, pilihlah menu yang sehat, roti gandum, jus buah, atau menu lain yang sehat. Jadi setelah olahraga jangan karena lelah langsung buru2 melahap gorengan, itu sama saja dengan anda menggali lubang kemudian menutup kembali lubangnya, kejadian ini sering sekali saya amati

Contoh program HIIT
Ada banyak macam program HIIT, dibawah ini saya berikan yang sederhana saja:



Pemanasan 5 minit

Sprint 0.5 minit
Berjalan/lari kecil 1 minit

Sprint 0.5 minit
Berjalan/lari kecil 1 minit

Sprint 0.5 minit
Berjalan/lari kecil 1 minit

Sprint 0.5 minit
Berjalan/lari kecil 1 minit

Sprint 0.5 minit
Berjalan/lari kecil 1 minit

Sprint 0.5 minit
Berjalan/lari kecil 1 minit

Sprint 0.5 minit
Berjalan/lari kecil 1 minit

Sprint 0.5
Berjalan/lari kecil 1 minit

Pendinginan 5 minit
Total Waktu 21 minit


Salam Sehat..

Sunday, June 5, 2011

Indung-Indung

Indung indung kepala lindung
Hujan di udik di sini mendung
Anak siapa pakai kerudung
Mata melirik kaki kesandung

Lahawala wala kuwwata
Mata melihat seperti buta
Tiada daya tiada upaya
Melainkan tuhan yang maha esa

Duduk goyang di kursi goyang
Beduk subuh hampir siang
Bangunkan ibu suruh sembahyang
Jadilah anak yang di sayang

Aduh aduh Siti Aisyah
Mandi di kali rambutnya basah
Tidak sembahyang tidak puasa
Di dalam kubur mendapat siksa

Indung indung kepala lindung
Hujan di udik di sini mendung
Anak siapa pakai kerudung
Mata melirik kaki kesandung

Lahawala wala kuwwata
Mata melihat seperti buta
Tiada daya tiada upaya
Melainkan tuhan yang maha esa.

Riang Ria

Ku tak pernah berterus terang,
Bukan ku tak mempercayaimui,
Namun sebelum ku berganti rupa,
Ingin aku menemuimu....
Bukan bermandikan cahaya bulan,
Yang cemerlang di malam yang cerah,
Lama telah ku rasakan ingin menolong yang lemah,
Tiba-tiba keajaiban terjadi,
Kekuatan muncul di diri.
Untuk melawan semua kejahatan,
Kuasaku harus digunakan,
Menegakkan segala kebenaran,
Ini keajaiban alam
aku mempercayainya,

Ini keajaiban alam

Thursday, May 26, 2011

Aura dan Getaran

Aura dan Getaran: Tenaga Dari Manusia Yang Hebat


Aura dan getaran adalah dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekitar tubuh manusia. Ia juga dikaitkan perlanggaran atom, elektron dan elemen di sekitar tubuh yang menghasilkan tenaga. Kesan kekuatan gelombang ini boleh dilihat dengan pandangan fizikal ke atas mereka yang mempunyai banyak aura dan getaran positif.

Begitu banyak kajian dilakukan oleh golongan barat dan pengkaji-pengkaji biologi tentang kewujudan aura dan getaran. Seorang saintis Rusia contohnya menghabiskan 50 tahun mengkaji tentang aura dan pembacaannya menggunakan kesan Kirlian. Malah sudah ada pengusaha diserata dunia menggunakan kesan Kirlian untuk membaca aura seseorang bagi mengesan masalah kesihatan mereka.

[B]Tapi adakah aura ini wujud di dalam Islam?[/B] Adakah ini semua ajaran karut yang membuat manusia memikirkan seseorang itu boleh mempunyai tenaga baik dan tenaga jahat yang boleh mempengaruhi seseorang? Hakikatnya ia telah ada didalam Islam dan dikenali sebagai [B]NUR[/B].

[B]Apakah itu Nur?[/B] Nur berasal daripada perkataan arab yang bermaksud cahaya. Ia bukanlah cahaya fizikal tetapi cahaya mental atau kesan refleksi tenaga yang mana boleh dilihat penzahirannya daripada cara hidup seseorang. Nur bukan sahaja dikaitkan penzahirannya melalui tenaga malah penzahirannya kepada fizikal seseorang.

Di dalam islam, kekuatan Nur seseorang itu akan lebih terserlah daripada iman dan amalan hidup Islamnya yang mana amalan tersebut dipenuhi dengan nilai positif, keikhlasan, keyakinan, kebenaran dan semangat.

Wajah seseorang yang mempunyai Nur itu sentiasa bersih dan menyegarkan mata orang lain yang memandang. Kedapatan hadith sahih yang menggambarkan Rasulullah itu mempunyai wajah yang berseri-seri, berkulit bersih, alisnya yang lentik, tidak kurus atau gemuk serta wajah yang rupawan.

Begitu juga dikatakan ucapannya itu menyejukkan kalbu mereka yang mendengar. Hadirnya Rasulullah dirasai mereka seolah sedang datang ketenangan dan kegembiraan kepada mereka. Ini sebenarnya yang dikatakan Nur dan mungkin dikatakan sebagai getaran aura bagi pengkaji bukan Islam.

Mari kita lihat hasil kajian orang bukan Islam tentang aura dan ajaran Islam yang sedia ada.

[B]Persekitaran[/B]

Kajian menjelaskan peranan persekitaran terhadap aura seseorang. Seseorang yang rajin menghirup udara segar, melihat matahari terbit serta menjaga kebersihan alam persekitarannya dikatakan mampu memperbaiki aura dirinya.

Ia lebih dikaitkan dengan satu kaedah dan cara kehidupan yang lebih sihat, sempurna, jauh dari pencemaran serta banyak berhubung dengan alam semulajadi.

Didalam Islam pula sememangnya telah diajar umat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan terdapat dalil yang menyokong perkara ini. Selain itu, orang Islam diseru supaya tidak tidak tidur apabila matahari terbit kerana ia mampu menjemput penyakit.

Dalam perihal alam semulajadi pula, kedapatan hadith yang menerangkan tentang perlunya menjaga alam contohnya sabda Rasulullah "Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." Hadis riwayat Muslim.

Oleh yang demikian haruslah kita ingat bahawa perlunya kita mengambiltahu tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam, kebersihan persekitaran dan tempat tinggal serta peranan waktu pagi dalam kehidupan. Kita tidak sedar agama telah pun mengajar kita menjaga aura dan getaran dengan penghayatan alam.

[B]Nutrisi dan Pemakanan[/B]

Kajian mengatakan makanan yang bersih serta segar mampu menaikkan aura seseorang. Selain itu, hanya bahagian-bahagian terpilih yang tertentu pada makanan yang berzat dan tidak mempunyai elemen kekotoran sahaja yang harus dimakan.

Apa kurangnya Islam yang sememangnya mempunyai panduan khas dalam pemakanan yang suci dan halal. Islam lebih teliti dan tersusun dalam menentukan kesucian pemakanan dan sememangnya ada kategori dan bahagian tertentu pada haiwan makanan itu tidak digalakkan untuk dimakan sungguhpun halal contohnya bahagian darah dan dalaman seperti hati, limpa dan organ dalaman.

Malah Islam mengajar lebih lagi daripada itu iaitu mempastikan kesucian makanan itu pada zahir dan batinnya. Batin itu bermaksud menjaga sumber rezeki supaya halal. Haramnya sumber itu menjadikan makanan yang fizikalnya halal menjadi haram. Maka telah terbukti ajaran Islam memberi panduan yang lebih jelas dan mendalam tentang fakta ini.

[B]Senaman[/B]

Kajian seterusnya menjelaskan perlunya senaman untuk menjaga kesihatan bagi mereka yang ingin membangkitkan aura. Melalui senaman, tubuh dan organnya akan menjadi lebih aktif dan sihat bagi menghasilkan aura dan getaran yang lebih positif.

Solat adalah senaman yang pasti bagi orang Islam yang mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam. Sama ada seorang Islam itu bersenam atau tidak, tanpa disedari mereka telahpun melakukan senaman paling asas 5 kali sehari.

Selain itu kedapatan perkara lain didalam ajaran Islam yang menggalakkan umatnya menggerakkan tubuh badan antara diberikan pahala bagi setiap langkah orang yang ke masjid. Maka mereka yang berjalan ke masjid itu bersenam sambil membuat pahala.

Adakah kita sedar betapa ruginya kita yang sering meninggalkan solat dan jarang ke masjid? Mungkin kita harus sedar Allah itu menyayangi kita dan mahukan hamba-hambanya sihat dan memperoleh kesihatan serta getaran walaupun dalam urusan pengabdian kepadanya.

[B]Tafakur[/B]

Tafakur atau didalam bahasa Inggeris 'meditation' ditafsirkan oleh barat sebagai aktiviti mendiamkan diri dalam posisi tertentu, pada tempoh tertentu untuk memperoleh ketenangan. Tujuannya adalah untuk merehatkan otak yang mana otak yang sihat ini dapat memandu tubuh badan menjadi lebih sihat dan produktif. Seterusnya aura dan getaran seseorang itu lebih tulin.

Tafakur bukanlah perkara yang asing didalam Islam. Terlalu banyak panduan yang digariskan didalam Islam yang boleh dikaitkan dengan tafakur dan juga objektif tafakur itu sendiri. Antaranya beriktikaf didalam masjid untuk mengingati Allah melalui amalan zikir serta amalan lain seperti membaca Al-Quran. Solat itu sendiri mempunyai kesamaan objektifnya dengan tafakur.

Seorang yang khusyuk dalam solat akan melupai apa yang berlaku disekelilingnya dan melatih seseorang menjadi lebih fokus. Selepas solat, maka disunatkan kita berzikir dan berdoa. Ia adalah amalan untuk kita lebih menenangkan diri melalui zikir dengan mengingati Allah dan menaikkan keyakinan seseorang bahawa Allah itu sentiasa mendengar melalui aktiviti doa.

Banyak lagi panduan melalui amalan ketuhanan dalam Islam yang mempunyai objektif yang sama seperti tafakur dan ia bukan sahaja memberi ketenangan didalam jiwa, malah membina sifat sabar, yakin, syukur, tabah dan berserah.

[B]Tidur[/B]

Kajian mengatakan lagi perlunya seseorang itu mempunyai tidur yang cukup dan bangun secara semulajadi. Ia bagi membolehkan tubuh badan manusia itu memperoleh cukup istirehat agar ia boleh berfungsi dengan baik setiap hari. Tubuh yang kurang tidur dikaitkan dengan kebarangkalian seseorang itu memperoleh penyakit. Tubuh yang tidak sihat umpama mesin yang tidak produktif. Aura dan getaran amat kurang pada tubuh yang kurang rehat.

Didalam surah An Naba' ayat ke 9, Allah berfirman yang bermaksud "Jadikanlah tidur kamu itu satu istirehat". Selain itu didalam surah Al-Qasas dari ayat 71-73, Allah banyak menjelaskan tentang tidur ia juga merupakan ayat yang dijadikan rujukan bg membuat panduan tentang tidur dalam Islam. Sememangnya penjelasan Islam tentang tidur dan istirehat darinya digariskan dalam perbincangan yang tersusun termasuklah adab-adab tidur itu sendiri sama ada seseorang itu mendapatkan tidurnya pada waktu siang atau waktu malam untuk merehatkan tubuh badan.

[B]Hubungan Kemanusiaan[/B]

Kajian barat lagi menggariskan bahawa seseorang itu membangkitkan aura dan getaran mereka melalui hubungan kemanusiaan yang positif, hubungan kekeluargaan dan setiakawan, hubungan dengan komuniti yang positif serta hubungan dengan orang-orang yang progresif. Hubungan yang positif menghasilkan gelombang aura dan getaran semulajadi daripada nilai positif itu sendiri.

Perkara ini telah banyak dibincangkan didalam konsep muamalat didalam Islam. Terlalu banyak panduan Islam tentang hubungan kekeluargaan, sahabat, kemasyarakatan serta hubungan dengan para ilmuan yang progresif. Apa yang perlu adalah cuma mencarinya dengan mudah di internet atau ke toko buku dengan mendapatkan penulisan tentang perkara tersebut dalam Islam. Ia telah ada beribu tahun yang dahulu.

[B]Apa Kata Anda?[/B]

Adakah kajian orang barat itu perkara sia-sia sedangkan semua itu telahpun diajar di dalam Islam? Hakikatnya ia adalah perkara yang baik untuk dikaji dan dijelaskan dalam susunan. Mungkin selama ini orang Islam tidak sedar bahawa ajaran Islam itu sendiri mempunyai banyak hikmah disebaliknya. Maka dengan penemuan sains dan kajian, menjelaskan lagi bahawa doktrin Islam ini penuh dengan perkara hikmah yang masih lagi boleh digali dan dicari kelebihannya.

Berbalik kepada aura dan getaran. Apakah moral disebalik perbincangan ini? Sekiranya kita melihat kembali isi dan pengisian tentang aura dan getaran itu sendiri mengajar kita untuk menjadi manusia yang mulia. Berbeza daripada amalan yang berada didalam kehidupan kita sekarang yang terlalu banyak mencemarkan cara hidup serta alam.

Kehidupan kini penuh dengan persepsi negatif, kelakuan negatif, konsep negatif, panduan negatif, idea negatif dan pendek kata kehidupan manusia yang semakin canggih kini semakin membuahkan banyak perkara negatif. Maka tidak hairan mengapa manusia berlumba-lumba mencari kehidupan yang ditafsirkan mereka sebagai kejayaan tetapi sangat ramai juga yang memberitahu mereka masih belum menemui kehidupan.

Selain itu aura dan getaran ini adalah satu tips bagi mereka dalam membina kehidupan baik dari segi kerjaya, perniagaan, perhubungan dan sebagainya. Aura dan getaran kini menjadi salah satu topik hangat bagi individu yang membina kerjaya mereka bagi memperoleh kesan dan hasil yang memberansangkan. Amat rugi bagi orang Islam yang tidak mendalami ilmu Islam itu sendiri dan masih tertanya-tanya mengapakah aku seorang Islam tetapi hidup dalam keadaan terumbang-ambing. Silapnya ialah kita sendiri kurang menghayati agama.

Oleh yang demikian, [B]luangkanlah masa untuk agama[/B]. Agama Islam bukanlah kisah ketuhanan atau sembahyang. Islam sebenarnya adalah cara hidup. Orang Islam yang rosak itu adalah mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Jadi tidak hairanlah, seorang Islam itu masih terkapai-kapai dalam kekayaan, masih hidup dalam keganasan dan minda yang tertutup, masih mencari penyelesaian lain yang hakikatnya telah ada didalam Islam. Ini semua adalah kerana, mereka tidak mendapatkan ajaran Islam yang sebenar dan mereka tidak menghayati ajaran yang telahpun mereka temui.

[B]Sesekali carilah individu yang mempunyai Nur[/B]. Individu seperti ini sangat banyak dikalangan ulama dan ahli ugama yang menghayati Islam. Raut wajah mereka sangat bersih dan menenangkan mata yang memandang. Usah dinilai daripada foto dan gambar tetapi carilah peluang bertemu mereka untuk melihat Nur yang Allah kurniakan kepada hambanya yang taat dan menghargai agama. Anda sendiri akan merasa adanya ketenangan walaupun hanya dengan mendampingi mereka.

Petua-petua Pelajar Cemerlang

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
o kita ingat 10 % apayang dibaca
o kita ingat 20% apa yang didengar
o kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
o kita ingat 70% apa yang dicakapkan
o kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
o pastikan cahaya adalah terang
o kurangkan gangguan bunyi
o tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
o tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
o kerusi dan meja menghadap kiblat
o jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
o memasukkan maklumat dalam memori (registration)
o menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
o mengingat kembali (recall)
o menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
o persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
o pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
o belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
o untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
o duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
o memberikan tumpuan sepanuhnya
o menggunakan jari telunjuk untuk membaca
o menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
o cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
o siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
o duduk tegak dikerusi yang selesa
o baca doa penerang hati
o baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
o fikir dan ingat kembali isi utama
o catat/lakar
o semak semula ketepatan maklumat
o ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
o buat rumusan
o jawab soalan
o tampal maklumat yang rumit di dinding
o baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
o jangan makan kepala ikan
o jangan makan organ dalaman
o jangan minum semasa makan
o jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
o jangan melihat kemaluan
o jangan melihat buih
o jangan membaca nama pada batu nisan
o banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
o banyakkan makan kismis, kurma dan madu
o banyakkan makan kekacang
o pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
o jangan makan sehingga terlalu kenyang
o jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
o tampal nota-nota penting di dinding
o tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
o gunakan kaedah akronim
o reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
o pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
o mempunyai jadual belajar
o patuh kepada jadual
o buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
o taat kepada Allah
o mendirikan sembahyang
o menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
o hormati & sayangi guru
o bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
o suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
o membantu rakan yang memerlukan
o berdoa dan bersyukur kepada Allah
o sentiasa bertawakal
o mahir dalam setiap mata pelajaran

Tuesday, April 5, 2011

Hakikat Perkahwinan 2

Perkahwinan ibarat pelayaran sebuah kapal dan suami adalah nakhodanya.Laut tidak selalunya tenang.Pasti dan pasti gelora akan menimpa dan memukul kapal itu.Terpulanglah pada si nakhoda untuk mengawal dan menentukan hala tuju kapal itu.Ombak dan gelora yang datang ketika ini dari segenap arah.Kapal terumbang-ambing.Jika si nakhoda bersama-sama tidak cekap mengawalnya,sudah pasti kapal akan karam.Bukan sahaja anak-anak kapal yang akan lemas,bahkan si nakhoda juga akan lemas.Maka sokongan dari anak-anak kapal dan pembantu nakhoda amat diperlukan dan si nakhoda juga perlu mendengar anak buahnya.Jika ombak kecil mungkin mudah untuk ditepis,tetapi jika yang datang tsunami???Kekadang tindakan nakhoda tidak disenangi anak-anak kapal.Si nakhoda menyuruh meredah gelora,meredah ombak besar kerana dia seakan sudah tahu apa-apa yang menanti disebalik gelora tersebut.Namun,ini adalah saat kritikal sama ada kapal akan karam atau mencapai sesuatu yang diharapkan itu.Jadi bersama-samalah nakhoda dan anak kapal untuk mengawal kapal tersebut untuk sampai ke pelabuhan terakhir yang pasti.Si nakhoda juga perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu pelayaran sebelum mengawal sebuah kapal yang akan mempunyai banyak anak kapal.
Anak-anak pula seperti biji benih yang baru ingin tumbuh.Kita perlu menabur baja,menyiram air dan meletakkanya di tengah matahari untuk bernafas.Kadang-kala semuanya kita dah buat.Kita rasa kita sudah beri baja secukupnya,tetapi kenapa pokok itu masih tetap tumbang apabila angin yang datang dari segenap arah kena padanya itu??Hal ini kerana kita tidak letak kayu sokongan pada pokok itu kerana ia hanya biji benih yang baru ingin tumbuh.Dan sokongan itu perlu diletakkan dalam jangka masa yang tertentu sehinggala pokok itu sudah kuat akarnya memaut bumi.Maka apa-apa jua angin yang datang,pokok itu tidak akan mudah tumbang.Dan pada satu masa,apabila ukur lilit pokok itu sudah cukup besar,maka pokok itu sendiri akan menjadi pelindung kepada kita daripada angin puting beliung yang datang.Bukan sahaja itu,malah pokok itu juga dapat mengeluarkan buah yang dapat dimakan disamping menjadi tempat kita berehat dari panas terik matahari.Jika ibu bapa sibuk dengan tugas masing-masing tanpa menghiraukan anak-anak,maka ibu bapa akan disalahkan.Tidak cukup jika setakat memberi anak-anak pelajaran sahaja.Jika ada pembantu rumah,tidak bererti dialah yang akan mendidik dan dia akan disoalkan balik oleh anak-anak ,"kau siapa nak tegur-tegur aku,sedangkan mak bapak aku sendiri tidak peduli hal aku".Kekadang anak-anak depan ibu kelihatan sangat baik,pijak semut pun tak mati.Tetapi dibelakang,harimau buas dihutan,jerung ganas dilautan.Didalam keadaan dunia yang menggila pada ketika ini,angin ribut dari segenap arah,maka berhati-hatilah.

Monday, February 14, 2011

Senjata Melayu(Episod satu)

Bangsa melayu berasal dari keturunan Austronesia yang kebanyakannya menghuni di Asia Tenggara.Bangsa Melayu dahulu agak terkenal di mata dunia.Sejarah Melayu membuktikan,kita pernah menakluk Nusantara.Kita mampu membina empayar besar seperti Kesultanan Melayu Melaka, mampu membuat kapal-kapal besar yang jauh lebih besar daripada Flor de mar milik Portugis.Itu sebelum kita dijajah.Orang lain nampak kelebihan kita,kehebatan kita.
Orang Melayu juga mampu mencipta.Kita mampu untuk membuat senjata kita sendiri.Kita boleh membuat keris dan kita juga boleh membuat meriam sendiri seperti Lela Rentaka.Senjata ini adalah senjata Melayu yang terkenal didunia Barat.Datuk Maharaja Lela pernah berkata:
“Jikalau Inggeris mempunyai meriam,kita masih mempunyai Lela Rentaka dan bedil penuras”
(petikan novel `Pahlawan Pasir Salak`)
Maksudnya disini janganlah kita melihat kehebatan orang lain,bangsa lain sehingga kita lupa yang kita juga mempunyai kehebatannya sendiri.Orang Melayu mampu setanding dengan bangsa lain asalkan kita berusaha kearah itu.Kita mempunyai adat resam yang unik yang harus dijaga dan dipertahan.Kehalusan seni bahasa dari penciptaan pantun,kiasan,bidalan,syair,sajak.Orang barat melihat ketamadunan dari segi lahiriah semata-mata dan mengabaikan aspek dalaman.Dari gaya bahasa pantun dan sebagainya,kita ingin membentuk peribadi yang mulia melalui nasihat yang baik.Namun orang melayu juga perlulah sentiasa bersedia mengharungi arus permodenan yang mendatang.Kita perlu ada ilmu supaya kita tidak ketinggalan dengan arus perdana.Jika kita mampu untuk terbang,kenapa kita memilih untuk merangkak?Dan jangan kita lupa kesopanan kita.Ilmu barat kita cedok mengikut acuan kita,memang benar mereka yang mengungguli dunia ketika ini tetapi kita bukanlah buta yang mahu dipimpin sepanjang masa.Kita mampu untuk bangun dan lebih maju dari mereka dengan pembangunan lahiriah dan rohaniah asalkan kita bersama menggembeleng tenaga kearah itu.
Pada ketika ini orang Melayu masih ketinggalan dalam banyak perkara.Hal ini perlu difikirkan bersama.Kita perlu mencari kelemahannya,yang silapnya.Dari segi pendidikan,anak-anak Melayu hanya ditahap sederhana.Pendidikan tidaklah begitu menyerlah.Apakah yang menyebabkan hal ini?Apakah kerana guru?Atau mungkin pelajar itu sendiri?Dalam konteks Malaysia,kerajaan telah berusaha untuk membantu orang Melayu seperti penubuhan MRSM,bantuan pelajaran bumiputera,kelas-kelas intensif untuk anak-anak Melayu.Mungkin faktor malas yang membuat kita kecundang.Apakah kita sudah cukup selesa berada dinegara sendiri?Pengguasaan bahasa Inggeris masih diperingkat rendah.Anak melayu bukanlah tidak pandai tetapi kita ada satu sikap yang kurang mengambil berat dalam beberapa perkara.Sebanyak pun bantuan diberikan,jika bangsa melayu anak melayu sendiri tidak mahu untuk berubah,untuk berusaha lebih maju,bangsa Melayu akan terus diperingkat yang sama.
Bacalah dan cuba memahami lirik ini yang dipetik dari dikir barat yang telah diterjemahkan dari loghat kelantan:
apa erti kemerdekaan


Apa erti kemerdekaan
Bagi umat Melayu kita
Tak boleh terima perubahan
Anak cucu berputih mata

Orang lain rebut peluang
Sanggupkah tengok saja
Masa tetap berjalan
sesaat tak tunggu kita

Dilema..
Dilema...
Dilema Melayu kita.

Bangsa lain hidup bersatu
Kita balah(bergaduh) sama sekampung
Bangsa lain semakin maju
Bangsa kita masih mundur

Orang cakap percaya selalu
Hangguk kepala macam Jepun
Ikut stail dulu-dulu
Jadi katak bawah tempurung

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita.

Rumah orang rumah batu
Rumah kita rumah atap
Rumah orang pagar batu
Rumah kita pagar kawat

Rumah orang karpet baldu
Rumah kita tikar berkarat
Masa bekwah(kenduri) nyambut menantu
Patah gelegar cabut tukar

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Kereta orang kereta Mercedes
kereta kita Morris Minor
Kereta orang asap nipis
Kereta kita asap berbunga

Kereta orang hidup dengan suis
Kereta kita tolak sokmo(selalu)
Beli baru pakai pitih
Beli beras pun hutang sokmo(selalu)

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Anak orang naik kapalterbang
Anak kita naik teksi
Anak orang makan hotel
Anak kita kedai kopi

Anak orang jadi towkay
Anak kita jadi kuli
Habih pitih(habis duit) tengah bulan
Barang bini(isteri) gadai lagi

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Anak orang jadi peniaga
Anak kita jadi petani
Anak orang baju cap buaya
Anak kita baju guni

Anak orang bahagia
Anak kita makin dok pening
Jadi mangsa dadah ganja
Jadi mangsa budaya kuning

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Anak orang baca buku
Anak kita duduk derat(merayap)
Anak orang masuk U
Anak kita masuk lokap

Anak orang minum susu
Anak kita togok ubat
Macamana kita nak maju
Kalau tak boleh berubah sikap

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Anak orang dok masjid
Anak kita tepi jalan
Anak orang duduk beratib(berzikir,tahlil)
Anak kita duduk gewe(berpeleseran laki perempuan)

Anak orang perangai baik
Anak kita serupa setan
Dok cari bala penyakit
Tok sah(tidak payah) fikir masa depan

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Dari segi perniagaan juga,pencapaian orang melayu belum lagi sampai ketahap yang membanggakan walhal sudah banyak agensi yang menyumbang untuk kemajuan melayu didalam perniagaan termasuk yang dari kerajaan dan bukan kerajaan.Terdapat perniagaan orang Melayu yang sudah maju seperti kicap Tamin,burger Ramly dan lain-lain lagi.Hal ini menunjukkan orang Melayu mampu bersaing dengan bangsa lain.Antara faktor yang menyebabkan perniagaan orang melayu tidak maju dan perlu ditambahbaik ialah :
a)orang Melayu tidak mempelbagaikan barangan yang dijual
• Cubalah kita kekedai-kedai melayu,tidak banyak pilihan,tetapi bukanlah semua begitu.
Orang Melayu belum cukup berani untuk mengambil risiko menjual pelbagai perkhidmatan dan jenis barang.Orang melayu perlu menambah sedikit-sedikit jenis barangan yang dijual dari semasa ke semasa.
b)kekurangan modal dan terlampau berharap
• Kekurangan modal juga punca orang melayu tidak begitu menyerlah dari segi perniagaan.Sikap orang Melayu yang sentiasa mengharapkan bantuan juga perlu dikikis.Kita kena berusaha dengan menyimpan wang sendiri dan tidak terlampau bergantung harap kepada orang lain.Kita kena belajar untuk berdikari dan tidak hanya bergantung modal kepada orang lain.
c)perniagaan orang melayu lebih tertumpu kepada satu bidang
• Contohnya,perniagaan sos cili,ramai pengusaha melayu yang mengusahakan bidang ini.Terdapat banyak lagi bidang yang orang melayu kurang berkecimpung seperti kedai `hardware`,kedai kek,kafe berinternet,kedai komputer,kedai borong yang menjual barangan runcit,bengkel kereta,supermarket,dan lain-lain lagi.Perniagaan-perniagaan ini banyak dimonopoli oleh bangsa Cina dan orang melayu cuma menjadi pekerja.
• Orang melayu dilihat seperti tidak berani mencuba untuk membuat pembaharuan dalam perniagaan dengan menceburi bidang-bidang yang belum pernah bangsanya buat.
d)sikap hangat-hangat tahi ayam
• Kebanyakkan perusahaan melayu tidak bertahan lama,apakah sebabnya?Orang melayu perlu memikir strategi dan tidak hanya bersemangat pada permulaannya sahaja.Kita perlu membuat perancangan berterusan supaya perniagaan terus berkembang maju.Seandainya mengalami kerugian,janganlah kita segera menyerah kalah.Sepatutnya kita memikirkan cara untuk bangun semula.Elakkan dari cepat merasa jemu dengan perniagaan yang kita usahakan.
e)kurang pengetahuan dan pengalaman berniaga
• Orang Melayu perlu mencari ilmu jika hendak meniaga.Selain itu,pengalaman juga perlu dicari sebelum mengusahakan perniagaan sendiri.Berkerjalah dulu dengan orang yang lebih berpengalaman beberapa waktu dan tidak terus buka perniagaan tergesa-gesa.Tanpa pengalaman dan ilmu perniagaan,perniagaan tidak akan bertahan lama.Jika ada kesempatan bekerjalah dengan bangsa asing seperti bangsa Cina.Disini,kita akan lihat bagaimana mereka menguruskan perniagaan.Dari pengalaman orang lain,kita akan dapat menilai dan memikirkan kelemahan-kelemahan yang ada supaya nanti kita dapat mengelak dari melakukan kesilapan yang serupa apabila kita menubuhkan perusahaan sendiri kelak.Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.
• Dari pengalaman yang ditimba,sudah pasti perniagaan kita akan cepat maju.Belajarlah dari mereka yang berpengalaman.Hal ini tidak dapat dijelaskan dengan hanya membaca buku.Teori dan praktikal adalah dua perkara yang jauh beza.Cara menarik dan mencari pelanggan juga perlu dititikberatkan.Dengan pengalaman dan ilmu,kita mampu meluaskan skop perniagaan kita sehingga peringkat antarabangsa dan bukan sekadar di Malaysia sahaja.Hal ini juga dapat memperkenalkan bangsa kita kepada dunia.Contohnya,orang asing makan makanan kita seperti tapai,nasi lemak,nasi kerabu.Seterusnya dapat meningkatkan ekonomi kita orang melayu juga.Kita kena berpandangan jauh kehadapan dan tidak hanya memikir cukup sekadarnya sahaja.
f)sikap hasad dengki
• Sikap ini perlu dijauhkan sama sekali.Orang Melayu kekadang tidak suka melihat orang lain lebih walaupun dengan bangsa sendiri.Contohnya,perniagaan kedai makan.Apabila melihat perniagaan orang lain laris darinya,mulalah dengan agenda untuk menjatuhkannya seperti menggunakan sihir.Dengki sememangnya patut ada tetapi bukanlah hasad dengki.Iri hati atau dengki seharusnya positif,tidak berharap orang lain akan jatuh tetapi mewujudkan persaingan sihat untuk sama-sama maju dalam dunia perniagaan ini.Strategi untuk meningkatkan prestasi perlu dirancang dan kelemahan perlu diatasi.Pengusaha melayu harus faham jika ada orang melayu tidak ke kedai melayu dan kekedai bangsa asing,bukanlah sebab mereka tidak memberi sokongan kepada orang melayu,tetapi disebabkan kekangan yang disebut tadi seperti kurang jenis barang dan perkhidmatan perniagaan.Hal-hal ini perlu ditikberatkan oleh pengusaha-pengusaha melayu.Contohnya seperti memasang mozek atau kontraktor rumah,bangsa melayu lebih ingin memilih bangsa lain kerana kualiti yang mereka tawarkan walaupun harganya agak mahal sedikit.Ketelitian dan cara melayan pelanggan perlu dijaga.Sikap sambil lewa dalam menguruskan perniagaan perlu dielak.Berbalik kepada kontraktor rumah,jika orang melayu yang urus bukan semua lah,tidak kemas,ada yang tampal mozek ,apabila jatuh benda kat mozek ,terus pecah sebabnya nak jimat hanya letak simen dihujung sahaja tengah mozek kosong.

Terdapat lagi faktor yang menyebabkan perniagaan melayu tidak berkembang pesat.Orang melayu perlulah bersama-sama memikirkan hal ini,mencari kelemahan dan bukannya mencari salah siapa-siapa dan memikirkan cara-cara untuk mengatasi kelemahan-kelemahan orang melayu dari banyak aspek.

Sunday, January 30, 2011

Bentuk ketenteraan negara Islam

Sampai bilakah Israel akan dibiarkan mengganas tanpa hukuman yang sewajarnya? Kenapa tindakan ganas Israel tidak disusuli dengan tindakan dan hukuman yang sewajarnya? Kenapa kuasa-kuasa besar utama dunia, khususnya Amerika Syarikat (AS), Britain dan sekutunya tidak melakukan tindakan yang benar-benar berkesan?
Kenapa negara kecil seperti Israel begitu berani bertindak khususnya ke atas orang Islam Palestin, sedangkan dia dikelilingi oleh negara-negara Arab Islam yang jauh lebih besar darinya?
Itu semua adalah soalan-soalan yang selalunya bermain di kepala kita setiap kali tindakan ganas yang tidak berperi kemanusiaan dilakukan oleh Israel.
Tindakan ganas yang baru dilakukan beberapa hari lalu (31 Mei 2010) oleh pasukan komando Israel ke atas kapal Turki, Mavi Marmara yang dalam pelayaran di perairan antarabangsa telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan puluhan lain cedera.
Dunia sekali lagi dikejutkan oleh keganasan rejim Yahudi itu. Perasaan marah meluap-luap khususnya di kalangan umat Islam, tunjuk perasaan berlaku di seluruh ibu kota negara Islam, bendera Israel dan bendera AS dibakar. Laungan marah dijerit sekuat-kuatnya. Beberapa ketika kemudiannya, ia akan reda dan hilang seketika sehingga keganasan baru Israel berlaku semula.
Setahun lebih yang lalu (hujung 2008 hingga awal Januari 2009), Israel mengganas di Semenanjung Gaza selama lebih tiga minggu. Orang awam, kanak-kanak, wanita dan bangunan awam musnah. Rakyat melaungkan kebencian di seluruh dunia. Israel buat tak peduli walau hampir semua negara mengutuk tindakannya itu.
Kenapa tindakan ganas Israel ini berlaku dan terus berlaku? Apa yang harus kita lakukan?
Saya melihat struktur kuasa yang ada sekarang tidak akan membawa kesedaran kepada Israel. Struktur kuasa yang ada sekarang adalah merujuk kepada struktur state dan organisasi yang dibentuk selepas Perang Dunia Kedua berakhir dan asasnya adalah struktur kuasa dan organisasi yang bermula daripada konflik besar awal abad ke-20 (Perang Besar 1914-1918).
Ini kerana negara Israel lahir dan dibentuk oleh sistem yang dinyatakan itu dan terus kekal sehingga ke hari ini.
Perjanjian Versailles 1919 berusaha membentuk order baru dunia pasca konflik besar 1914-1918. Tetapi untuk siapa? Jawapannya pasti untuk Barat dan sekutunya, jauh sekali untuk Islam dan bukan Barat. Ho Chi Minh hadir dalam persidangan itu di Paris, tetapi kecewa kerana apa yang cuba dibentuk oleh Woodrow Wilson bukan untuk kepentingan sejagat, tetapi hanya untuk Barat dan melindungi kepentingan Barat.
Lalu Ho Chi Minh melihat kepada Soviet Union yang baru dibentuk (Revolusi Bolsevik 1917). Perjuangan Ho Chi Minh diteruskan sehingga berlakunya Perang Vietnam Pertama 1946-1954 dan terbentuk Vietnam Utara pada 1954 dan kejayaan penyatuan seluruh Vietnam pada 1975. Ini menunjukkan penipuan Barat yang menyatakan bahawa hentikan perang 1918 dan kita bina hidup baru demi perdamaian sejagat. Itu hanya untuk mereka orang Barat, bukan untuk keadilan sejagat seluruh dunia.
Apa kesannya kepada dunia Islam akibat rebahnya kerajaan Turki Uthmaniah pada 1918? Wilayah Islam di Asia Barat dipecah-belah dan dibahagikan kepada kuasa Barat. Lebih awal dari itu telah berlaku Arab Revolt 1916 (iaitu satu penipuan besar British terhadap orang Arab agar tidak menyokong Turki, dengan janji kemerdekaan kepada bangsa berbahasa Arab jika Turki dapat dikalahkan).
Orang Islam ditipu hidup-hidup apabila pada 1917 berlakunya Belfour Declaration yang menjadi asas kepada pembentukan negara Israel hari ini. Sejak itulah hijrah masuk penduduk Yahudi ke Palestin dengan sokongan kuat British bermula dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia Pertama.
Peranan pihak British kemudiannya dimainkan oleh AS pada tahun-tahun awal selepas Perang Dunia Kedua, apabila pihak British secara relatifnya lemah. Ini telah membawa kepada pembentukan dan perisytiharan negara Israel pada tahun 1948.
Penubuhan Israel ini mendapat tentangan oleh banyak negara dunia, khususnya negara Islam di Asia Barat dan lain-lain bahagian dunia. Sehingga kini Malaysia, Indonesia dan Brunei tidak mempunyai hubungan diplomatik dan masih tidak mengiktiraf negara Yahudi.
Kenapa masalah ini berlarutan sehingga kini dan gagal diselesaikan? Apakah boleh diharapkan kepada PBB membantu menyelesaikan masalah keganasan Israel terhadap umat Islam Palestin. Adakah Israel akan berhenti membunuh Arab Palestin? Bila akan berakhir pembunuhan yang sedang dilakukan?
Dengan struktur yang ada, iaitu merujuk kepada PPB yang dikuasai oleh AS dan sekutu Baratnya maka apa pun keputusan, hanyalah akan bersifat keputusan yang apabila sampai kepada tindakan, ia tidak akan berjaya menyekat tindakan ganas Israel.
Tindakan yang akan dilakukan amat menyakitkan hati umat Islam. Ini berkait rapat dengan apa yang saya nyatakan di atas bahawa, terbentuknya negara Israel pada 1948 adalah dengan sokongan dan kepentingan Barat, khususnya AS (asas yang dibentuk iaitu Belfour Declaration 1917 juga adalah disokong kuat oleh Barat).
Adalah amat mustahil PBB akan melakukan sesuatu yang benar-benar melemahkan kedudukan Israel. Kita sebenarnya tertanya-tanya kenapa tindakan ganas Israel itu tidak disusuli oleh satu tindakan yang sewajarnya oleh PBB yang mewakili masyarakat antarabangsa yang menyanjung tinggi hak kemanusiaan?
Sistem dan struktur kuasa serta organisasi yang didokong oleh Barat juga gagal memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah ini. Liga Arab nampaknya seakan-akan satu Pertubuhan Negara-Negara Arab, tetapi negara-negara yang menganggotainya seperti Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan lain-lain mempunyai hubungan dan kepentingan tertentu dengan AS yang tidak meletakkan kepentingan umat Islam itu lebih utama. Dalam banyak hal, tindakan mereka seolah-olah dikawal oleh AS.
Saya lebih melihat kepada satu bentuk pakatan baru yang tidak dipengaruhi oleh Barat (dan berusaha agar tidak dipengaruhi oleh Barat khususnya AS dalam sebarang keputusan). Ia mungkin lebih bersifat “radikal” tetapi kalaulah mahu penyelesaian, maka tindakan ini difikirkan sangat perlu.
Kalaulah OIC itu mahu dijadikan asas organisasi yang diharap-harapkan, maka perlu dimasukkan beberapa ketetapan yang mempunyai unsur-unsur ketenteraan di dalamnya, di mana apabila difikirkan perlu negara-negara anggota boleh membentuk pakatan tentera bagi melindungi negara anggota lain.
Ini bukan bermakna kita mahu peperangan, tetapi tujuan melindungi diri negara anggota daripada diserang. Kita mesti memasukkan ketetapan misalnya “sebarang pencerobohan ke atas mana-mana kawasan Islam seolah-olah menyerang semua wilayah Islam.”
Negara-negara Islam yang kuat seperti Iran atau Turki misalnya mungkin boleh memimpin organisasi baru ini dengan lebih berkesan.
Sudah pasti organisasi ini akan tidak disenangi oleh pihak AS dan Barat. Tetapi ini adalah jalan akhir bagi umat Islam daripada terus ditindas tanpa dibela. PBB tidak lagi boleh benar-benar diharapkan kerana ia tidak akan membela umat Islam. Rundingan selalu dilakukan di antara Palestin dan Israel, tetapi dalam masa rundingan sedang berjalan, pembunuhan dan tindakan kejam ke atas umat Palestin terus berlaku.
Organisasi ini agak radikal bagi kaca mata Barat, tetapi adil bagi umat Islam/Palestin yang sentiasa diancam dan dibunuh tanpa pembelaan. Pembunuhan kejam ke atas misi kemanusiaan adalah satu lagi tahap kekejaman yang sangat tinggi. Apa yang sedang berlaku pada masyarakat Palestin seolah-olah satu pembunuhan bagi menghapuskan umat Palestin.
Sudah sampai masanya untuk kita melakukan jihad dengan membentuk organisasi ketenteraan, dan pastinya kita terhutang budi dengan mereka yang sanggup berjuang dan rela syahid. Cuma organisasi yang benar-benar sesuai belum ada, bagi menyusun dan melatih mereka.
Wahai kaum Muslimin,sedarilah bahawa kita pada ketika ini sedang diserang dari segenap sudut.Apakah kita masih leka dengan kenikmatan yang kita kecapi sedangkan kita sedang diserang?
Kita melihat di Asia Barat krisis Palestin yang mengorbankan banyak nyawa-nyawa Islam yang terkorban.Sebagai umat Islam kita merasa marah dan simpati dengan nasib yang menimpa saudara kita disana.Kita menghantar bantuan kemanusiaan sebagai rasa simpati kita.Sedarkah kita bahawa negara-negara Islam yang lain termasuk negara kita juga telah diserang oleh musuh-musuh Islam pada waktu ini?Musuh-musuh Islam telah menyerang kita dari segi pemikiran kita,dan yang paling penting dari segi aqidah kita.
Dahulu,kita selalu menang dalam setiap peperangan.Lahirlah tokoh seperti Salahuddin al-Ayyubi,Sultan Selim al-Fateh.Kita digeruni oleh musuh-musuh Islam.Namun,apa yang terjadi ketika ini?Kemenangan umat Islam terdahulu bukanlah bergantung kepada betapa hebat dan canggihnya teknologi persenjataan yang kita ada,tetapi disebabkan pegangan aqidah kita yang kuat dan pergantungan kepada Allah yang tinggi.
Hari ini,kita lemah kerana kita telah terperangkap dengan jerat yang telah dibuat oleh musuh-musuh Islam dalam perancangan mereka menjatuhkan Islam.Mereka telah mengatur strategi untuk melemahkan aqidah umat Islam secara keseluruhannya.Pertama,umat Islam pada ketika ini telah dilalaikan dengan hiburan-hiburan yang mengasyikkan.Kita lebih suka berhibur daripada beramal sehinggakan amalan wajib bagi kita seperti solat lima waktu kita ringan-ringankan malah ada yang mengabaikan.Kedua, minda kita telah dijajah dengan ideologi-ideologi barat yang menyebabkan kita tidak mahu mengamalkan Islam keseluruhannya.Minda kita telah ditutup dengan melihatkan cara hidup barat adalah yang terbaik.Undang-undang Islam yang dijelaskan dalam al-Quran tidak lagi diguna pakai walhal al-Quran itu diturunkan sebagai panduan hidup kita.Apakah undang-undang yang dicipta oleh manusia itu lebih baik daripada undang-undang yang Allah tetapkan?Ketiga,dari segi sosial kita,kita boleh lihat sendiri sekeliling kita.Suatu ketika dahulu,remaja Islam begitu bersemangat mempertahankan Islam seperti Usamah Bin Zaid yang mengepelai tentera Islam dalam satu siri peperangan walaupun ketika itu baru berusia 18 tahun.Contoh kedua ialah Sultan Selim al-Fateh yang berjaya menawan Konstatinopel pada ketika umurnya baru mencecah 21 tahun sedangkan Konstatinopel tidak dapat ditawan selama 800 tahun sebelumnya.Remaja Islam kita pada hari ini tidak lagi seperti contoh-contoh terdahulu.Mereka lebih cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan adab mulia dan agama........

Sunday, January 9, 2011

Malaysiaku Gemilang

Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan tekad mulia
Maju berwawasan
Mencipta keagungan

Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur

Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang

Saturday, January 8, 2011

NYALAKAN TEKAD

Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad dan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita

Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung

Nyalakan tekad di hujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa