Monday, February 14, 2011

Senjata Melayu(Episod satu)

Bangsa melayu berasal dari keturunan Austronesia yang kebanyakannya menghuni di Asia Tenggara.Bangsa Melayu dahulu agak terkenal di mata dunia.Sejarah Melayu membuktikan,kita pernah menakluk Nusantara.Kita mampu membina empayar besar seperti Kesultanan Melayu Melaka, mampu membuat kapal-kapal besar yang jauh lebih besar daripada Flor de mar milik Portugis.Itu sebelum kita dijajah.Orang lain nampak kelebihan kita,kehebatan kita.
Orang Melayu juga mampu mencipta.Kita mampu untuk membuat senjata kita sendiri.Kita boleh membuat keris dan kita juga boleh membuat meriam sendiri seperti Lela Rentaka.Senjata ini adalah senjata Melayu yang terkenal didunia Barat.Datuk Maharaja Lela pernah berkata:
“Jikalau Inggeris mempunyai meriam,kita masih mempunyai Lela Rentaka dan bedil penuras”
(petikan novel `Pahlawan Pasir Salak`)
Maksudnya disini janganlah kita melihat kehebatan orang lain,bangsa lain sehingga kita lupa yang kita juga mempunyai kehebatannya sendiri.Orang Melayu mampu setanding dengan bangsa lain asalkan kita berusaha kearah itu.Kita mempunyai adat resam yang unik yang harus dijaga dan dipertahan.Kehalusan seni bahasa dari penciptaan pantun,kiasan,bidalan,syair,sajak.Orang barat melihat ketamadunan dari segi lahiriah semata-mata dan mengabaikan aspek dalaman.Dari gaya bahasa pantun dan sebagainya,kita ingin membentuk peribadi yang mulia melalui nasihat yang baik.Namun orang melayu juga perlulah sentiasa bersedia mengharungi arus permodenan yang mendatang.Kita perlu ada ilmu supaya kita tidak ketinggalan dengan arus perdana.Jika kita mampu untuk terbang,kenapa kita memilih untuk merangkak?Dan jangan kita lupa kesopanan kita.Ilmu barat kita cedok mengikut acuan kita,memang benar mereka yang mengungguli dunia ketika ini tetapi kita bukanlah buta yang mahu dipimpin sepanjang masa.Kita mampu untuk bangun dan lebih maju dari mereka dengan pembangunan lahiriah dan rohaniah asalkan kita bersama menggembeleng tenaga kearah itu.
Pada ketika ini orang Melayu masih ketinggalan dalam banyak perkara.Hal ini perlu difikirkan bersama.Kita perlu mencari kelemahannya,yang silapnya.Dari segi pendidikan,anak-anak Melayu hanya ditahap sederhana.Pendidikan tidaklah begitu menyerlah.Apakah yang menyebabkan hal ini?Apakah kerana guru?Atau mungkin pelajar itu sendiri?Dalam konteks Malaysia,kerajaan telah berusaha untuk membantu orang Melayu seperti penubuhan MRSM,bantuan pelajaran bumiputera,kelas-kelas intensif untuk anak-anak Melayu.Mungkin faktor malas yang membuat kita kecundang.Apakah kita sudah cukup selesa berada dinegara sendiri?Pengguasaan bahasa Inggeris masih diperingkat rendah.Anak melayu bukanlah tidak pandai tetapi kita ada satu sikap yang kurang mengambil berat dalam beberapa perkara.Sebanyak pun bantuan diberikan,jika bangsa melayu anak melayu sendiri tidak mahu untuk berubah,untuk berusaha lebih maju,bangsa Melayu akan terus diperingkat yang sama.
Bacalah dan cuba memahami lirik ini yang dipetik dari dikir barat yang telah diterjemahkan dari loghat kelantan:
apa erti kemerdekaan


Apa erti kemerdekaan
Bagi umat Melayu kita
Tak boleh terima perubahan
Anak cucu berputih mata

Orang lain rebut peluang
Sanggupkah tengok saja
Masa tetap berjalan
sesaat tak tunggu kita

Dilema..
Dilema...
Dilema Melayu kita.

Bangsa lain hidup bersatu
Kita balah(bergaduh) sama sekampung
Bangsa lain semakin maju
Bangsa kita masih mundur

Orang cakap percaya selalu
Hangguk kepala macam Jepun
Ikut stail dulu-dulu
Jadi katak bawah tempurung

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita.

Rumah orang rumah batu
Rumah kita rumah atap
Rumah orang pagar batu
Rumah kita pagar kawat

Rumah orang karpet baldu
Rumah kita tikar berkarat
Masa bekwah(kenduri) nyambut menantu
Patah gelegar cabut tukar

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Kereta orang kereta Mercedes
kereta kita Morris Minor
Kereta orang asap nipis
Kereta kita asap berbunga

Kereta orang hidup dengan suis
Kereta kita tolak sokmo(selalu)
Beli baru pakai pitih
Beli beras pun hutang sokmo(selalu)

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Anak orang naik kapalterbang
Anak kita naik teksi
Anak orang makan hotel
Anak kita kedai kopi

Anak orang jadi towkay
Anak kita jadi kuli
Habih pitih(habis duit) tengah bulan
Barang bini(isteri) gadai lagi

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Anak orang jadi peniaga
Anak kita jadi petani
Anak orang baju cap buaya
Anak kita baju guni

Anak orang bahagia
Anak kita makin dok pening
Jadi mangsa dadah ganja
Jadi mangsa budaya kuning

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Anak orang baca buku
Anak kita duduk derat(merayap)
Anak orang masuk U
Anak kita masuk lokap

Anak orang minum susu
Anak kita togok ubat
Macamana kita nak maju
Kalau tak boleh berubah sikap

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Anak orang dok masjid
Anak kita tepi jalan
Anak orang duduk beratib(berzikir,tahlil)
Anak kita duduk gewe(berpeleseran laki perempuan)

Anak orang perangai baik
Anak kita serupa setan
Dok cari bala penyakit
Tok sah(tidak payah) fikir masa depan

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Dari segi perniagaan juga,pencapaian orang melayu belum lagi sampai ketahap yang membanggakan walhal sudah banyak agensi yang menyumbang untuk kemajuan melayu didalam perniagaan termasuk yang dari kerajaan dan bukan kerajaan.Terdapat perniagaan orang Melayu yang sudah maju seperti kicap Tamin,burger Ramly dan lain-lain lagi.Hal ini menunjukkan orang Melayu mampu bersaing dengan bangsa lain.Antara faktor yang menyebabkan perniagaan orang melayu tidak maju dan perlu ditambahbaik ialah :
a)orang Melayu tidak mempelbagaikan barangan yang dijual
• Cubalah kita kekedai-kedai melayu,tidak banyak pilihan,tetapi bukanlah semua begitu.
Orang Melayu belum cukup berani untuk mengambil risiko menjual pelbagai perkhidmatan dan jenis barang.Orang melayu perlu menambah sedikit-sedikit jenis barangan yang dijual dari semasa ke semasa.
b)kekurangan modal dan terlampau berharap
• Kekurangan modal juga punca orang melayu tidak begitu menyerlah dari segi perniagaan.Sikap orang Melayu yang sentiasa mengharapkan bantuan juga perlu dikikis.Kita kena berusaha dengan menyimpan wang sendiri dan tidak terlampau bergantung harap kepada orang lain.Kita kena belajar untuk berdikari dan tidak hanya bergantung modal kepada orang lain.
c)perniagaan orang melayu lebih tertumpu kepada satu bidang
• Contohnya,perniagaan sos cili,ramai pengusaha melayu yang mengusahakan bidang ini.Terdapat banyak lagi bidang yang orang melayu kurang berkecimpung seperti kedai `hardware`,kedai kek,kafe berinternet,kedai komputer,kedai borong yang menjual barangan runcit,bengkel kereta,supermarket,dan lain-lain lagi.Perniagaan-perniagaan ini banyak dimonopoli oleh bangsa Cina dan orang melayu cuma menjadi pekerja.
• Orang melayu dilihat seperti tidak berani mencuba untuk membuat pembaharuan dalam perniagaan dengan menceburi bidang-bidang yang belum pernah bangsanya buat.
d)sikap hangat-hangat tahi ayam
• Kebanyakkan perusahaan melayu tidak bertahan lama,apakah sebabnya?Orang melayu perlu memikir strategi dan tidak hanya bersemangat pada permulaannya sahaja.Kita perlu membuat perancangan berterusan supaya perniagaan terus berkembang maju.Seandainya mengalami kerugian,janganlah kita segera menyerah kalah.Sepatutnya kita memikirkan cara untuk bangun semula.Elakkan dari cepat merasa jemu dengan perniagaan yang kita usahakan.
e)kurang pengetahuan dan pengalaman berniaga
• Orang Melayu perlu mencari ilmu jika hendak meniaga.Selain itu,pengalaman juga perlu dicari sebelum mengusahakan perniagaan sendiri.Berkerjalah dulu dengan orang yang lebih berpengalaman beberapa waktu dan tidak terus buka perniagaan tergesa-gesa.Tanpa pengalaman dan ilmu perniagaan,perniagaan tidak akan bertahan lama.Jika ada kesempatan bekerjalah dengan bangsa asing seperti bangsa Cina.Disini,kita akan lihat bagaimana mereka menguruskan perniagaan.Dari pengalaman orang lain,kita akan dapat menilai dan memikirkan kelemahan-kelemahan yang ada supaya nanti kita dapat mengelak dari melakukan kesilapan yang serupa apabila kita menubuhkan perusahaan sendiri kelak.Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.
• Dari pengalaman yang ditimba,sudah pasti perniagaan kita akan cepat maju.Belajarlah dari mereka yang berpengalaman.Hal ini tidak dapat dijelaskan dengan hanya membaca buku.Teori dan praktikal adalah dua perkara yang jauh beza.Cara menarik dan mencari pelanggan juga perlu dititikberatkan.Dengan pengalaman dan ilmu,kita mampu meluaskan skop perniagaan kita sehingga peringkat antarabangsa dan bukan sekadar di Malaysia sahaja.Hal ini juga dapat memperkenalkan bangsa kita kepada dunia.Contohnya,orang asing makan makanan kita seperti tapai,nasi lemak,nasi kerabu.Seterusnya dapat meningkatkan ekonomi kita orang melayu juga.Kita kena berpandangan jauh kehadapan dan tidak hanya memikir cukup sekadarnya sahaja.
f)sikap hasad dengki
• Sikap ini perlu dijauhkan sama sekali.Orang Melayu kekadang tidak suka melihat orang lain lebih walaupun dengan bangsa sendiri.Contohnya,perniagaan kedai makan.Apabila melihat perniagaan orang lain laris darinya,mulalah dengan agenda untuk menjatuhkannya seperti menggunakan sihir.Dengki sememangnya patut ada tetapi bukanlah hasad dengki.Iri hati atau dengki seharusnya positif,tidak berharap orang lain akan jatuh tetapi mewujudkan persaingan sihat untuk sama-sama maju dalam dunia perniagaan ini.Strategi untuk meningkatkan prestasi perlu dirancang dan kelemahan perlu diatasi.Pengusaha melayu harus faham jika ada orang melayu tidak ke kedai melayu dan kekedai bangsa asing,bukanlah sebab mereka tidak memberi sokongan kepada orang melayu,tetapi disebabkan kekangan yang disebut tadi seperti kurang jenis barang dan perkhidmatan perniagaan.Hal-hal ini perlu ditikberatkan oleh pengusaha-pengusaha melayu.Contohnya seperti memasang mozek atau kontraktor rumah,bangsa melayu lebih ingin memilih bangsa lain kerana kualiti yang mereka tawarkan walaupun harganya agak mahal sedikit.Ketelitian dan cara melayan pelanggan perlu dijaga.Sikap sambil lewa dalam menguruskan perniagaan perlu dielak.Berbalik kepada kontraktor rumah,jika orang melayu yang urus bukan semua lah,tidak kemas,ada yang tampal mozek ,apabila jatuh benda kat mozek ,terus pecah sebabnya nak jimat hanya letak simen dihujung sahaja tengah mozek kosong.

Terdapat lagi faktor yang menyebabkan perniagaan melayu tidak berkembang pesat.Orang melayu perlulah bersama-sama memikirkan hal ini,mencari kelemahan dan bukannya mencari salah siapa-siapa dan memikirkan cara-cara untuk mengatasi kelemahan-kelemahan orang melayu dari banyak aspek.