Wednesday, December 4, 2013

Menabung membawa berkat

Aiman seorang kanak-kanak yang bijak.Walaupun baru berusia 10 tahun,dia sudah mampu untuk mereka pelbagai ciptaan inovasi.Segalanya bermula di suatu petang.
Pada petang itu Aiman ke jeti untuk memancing sekadar hobi.Kampung Aiman berhampiran pinggir laut.Rata-rata penduduk disitu bekerja sebagai nelayan tidak kurang juga yang bertani.Abah Aiman pula berniaga buah di sebuah gerai berhampiran jalan raya berdekatan kampung yang Aiman tinggal.
Di jeti Aiman melihat para nelayan yang baru pulang tidak kurang juga yang baru hendak mencari rezeki.Nelayan disitu bukanlah nelayan laut dalam cuma nelayan pesisir pantai sahaja.
Aiman mencapai jorannya yang direka sendiri menggunakan buluh halus dan benang kasar.Umpannya hanya secubit roti yang diikat pada hujung benang.Sambil duduk dijeti Aiman merendamkan umpannya itu ke dalam air.Selang seketika Aiman menaikkan benangnya,tiada ikan pada umpan.Aiman tidak berputus asa,umpan itu direndamkan lagi.Beberapa kali Aiman merendam naik kan umpan,namun hasilnya tetap sama;tiada ikan pada umpan.Sambil menongkat dagu Aiman memerhatikan gelagat Pak Azli, seorang nelayan yang berumur lewat 40an mengeluarkan ikan dari jalannya.Timbul minat Aiman untuk memiliki jala dan menjala ikan.
Lantas Aiman berlari merentasi sawah padi menuju kepada abahnya.Pada ketika itu abahnya sedang mengait buah nangka dan dikumpulkan untuk dibawa ke gerai.Aiman terus menyatakan hasratnya untuk memiliki jala tersebut.

"Abah...boleh belikan Aiman jala ikan",pinta Aiman lembut.
Sambil tersenyum abahnya menjawab,"Kalaulah abah ini banyak duit,bukan setakat jala ikan,jala ikan `jaws` pun abah belikan".
Aiman mengerut dahi dan berpaling dari abahnya."Jala ikan `jaws`",pelik fikirnya.
Aiman berlalu dari ayahnya dengan hati yang tidak gembira.Sewaktu Aiman berdiri termenung,Aiman terpandang ibunya membuang sampah.Sesudah ibunya berlaku pergi,Aiman terus berlari ke tempat buang sampah ibunya tadi.
Dibelek-belek sampah itu,disitu Aiman terjumpa kelambu nyamuk yang dibuang ibunya.Dibenak fikirannya muncul fikiran bernas untuk membuat jala ikan dari kelambu nyamuk tersebut.
Pada keesokannya,Aiman mengajak rakan-rakannya ke jeti bersama-sama kelambu nyamuk yang telah diubah suai menjadi jala ikan.Dijeti,Aiman menebarkan jala tersebut ke dalam air.Hasilnya terperangkaplah beberapa ekor ikan di jala ciptaannya itu.Aiman cukup berbangga dengan usahanya itu apatah lagi disorak oleh rakan-rakannya.
Hari yang lain sedang Aiman bermain dengan rakan-rakannya,salah seorang rakan Aiman,Saleh datang dengan kereta kecilnya.Kereta ini tidak enjin dan boleh dinaiki.Sudah semestinya Aiman berhasrat untuk mendapatkan kereta berkenaan.Namun,Aiman berasa bimbang untuk memberitahu abahnya mengenai hasrat berkenaan.Kebimbangan ini termati apabila Aiman terikat ulang tahun hari lahirnya akan tiba dan sudah tentu abahnya akan membelikan kereta yang dihasratnya itu.Aiman berlari girang mendapatkan abahnya di gerai buah milik abahnya.
Sebuah motor virago berlalu pergi dari gerai buah Pak Sahak,abah Aiman sesudah membeli sebiji nangka di gerai itu.Abah Aiman,Pak Sahak meletakkan duit dalam bekas.Di penutup bekas berkenaan terpampang gambar motor yang seakan motor virago.Pak Sahak membelek-belek gambar berkenaan.

"Kalaulah aku dapat bawak...alangkah nikmatnya",getus Pak Sahak dalam fikirannya.Dia sudah lama berkenan motor berkenaan.Namun terpaksa dia lupakan dan pendamkan sahaja hasrat tersebut.Pak Sahak memang mengamalkan jimat cermat dalam berbelanja.Pak Sahak bukanlah seseorang yang kedekut tetapi dia mempunyai sebabnya untuk berjimat-cermat.

"Abah...!",terkejut Pak Sahak dari lamunan apabila Aiman menyapa tangan abahnya itu.Penutup bekas duit diletakkan semula.
"Ada apa Aiman?",tanya Pak Sahak sambil memerhatikan anak tunggalnya itu termengah-mengah bagai dikejar hantu.
Aiman menarik nafasnya dan mengumpulkan kekuatannya untuk bercakap depan abahnya.
Dengan perasaan bercampur-campur antara bimbang dan gembira,Aiman cuba menjelaskan hasratnya pada abahnya.Harapannya sudah semestinya supaya abahnya tidak mengecewakannya kali ini.
"Abah boleh tak abah belikan Aiman kereta kayu sebab esok hari jadi Aiman tau",dengan harapan dia menunggu jawapan abahnya.
Jawapan yang abahnya beri memang tidak seperti diharapkan.Kecewa lagi Aiman untuk memiliki kereta kayu yang diidam-idamkan.
"Aiman,kalaulah pokok cempedak abah itu berdaun emas jangan katakan kereta kayu kereta kebal pun abah belikan",sindir abahnya sambil tersenyum.
Hal itu bukan penamat bagi Aiman untuk mendapatkan kereta kayu yang diidam-idamkan.Aiman dengan gigih mencari bahan-bahan buangan dan memereah keringat dan otak untuk membuat kereta kayu berkenaan.Pada hari berkenaan,Aiman dan rakan-rakan Aiman menayangkan kereta masing-masing.Kesemua rakan Aiman mendapat kereta yang dibeli abah masing-masing sedangkan Aiman pula hanyalah kereta kayu yang direka sendiri olehnya.Apabila dibandingkan ternyata kereta kayu yang direka Aiman lebih menakjubkan dari kereta rakan-rakannya.Lagi sekali Aiman mendapat pujian.
Kini,sudah lapan tahun berlalu.Aiman sudah menjadi seorang yang mahir dalam reka cipta.Di sekolah,beberapa pertandingan reka cipta telah dimenangi oleh Aiman.Bakat Aiman bukan setakat mereka cipta sahaja bahkan dia mampu membaiki peralatan-peralatan seperti televisyen,mesin basuh dan sebagainya.Ramai orang kampung Aiman mendapatkan khidmatnya untuk membaik pulih alat kelengkapan mereka.Tidak hairanlah apabila Aiman tamat persekolahan dan tamat menduduki SPM,Aiman dikunjungi beberapa orang kampungnya untuk mendapatkan perkhidmatannya baik untuk membaik pulih mahupun mereka alat untuk kemudahan mereka.Disinilah Aiman mendapatkan duit-duit poket,hendak meminta pada abahnya,Aiman sudah serik.
Pada suatu hari Aiman mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di luar negara.Aiman menunjukkan surat itu kepada abahnya bimbang juga sekiranya abahnya tidak mengizinkan dia pergi.Pak Sahak melihat-lihat kandungan isi surat berkenaan.Terukir senyuman bangga diraut wajahnya.Aiman memerhatikan abahnya.
"Senyum itu tanda setuju abah",kata Aiman sambil tangan kirinya mendakap abahnya yang ketika itu keduanya dalam kedudukan duduk di gerai buah abahnya
Pak Sahak mengeluarkan buku akaun bank dari bekas duit lalu diserahkan kepada anaknya Aiman.Aiman membelek-belek buku berkenaan.Pada halaman terakhir Aiman terlihat angka lebih dari RM 40 ribu tertera pada buku berkenaan.
"Ambil ni,buat belajar"kata Pak Sahak.
Sambil menitiskan air mata ,Aiman memeluk abahnya."Terima kasih,abah"
Sepuluh tahun sudah berlalu.Gerai buah Pak Sahak masih utuh seperti dahulu cuma kini rambut Pak Sahat sudah banyak beruban.Mukanya juga sudah berkedut.Sebuah motor yang mirip motor virago singgah di gerai buah Pak Sahak.Pak Sahak berasa teruja melihat motor tersebut.
Motor ini tidak pernah dilihatnya tapi dia berkenan benar dengan motor tersebut.
"Motor apa ini encik?",tanya Pak Sahak pada penunggang yang telah mematikan enjin motonya dan menangggalkan helmet dan penutup mulutnya.
"Eh,Aiman rupanya",Pak Sahak senyum keriangan apabila mendapati penunggang yang berdiri depannya itu adalah anaknya sendiri.
"Motor ni abah punya",beritahu Aiman.
"Ha...biar betul",tanpa berlengah lagi Pak Sahak terus menaiki motor tersebut.Gembira sangat rasa hatinya.Akhirnya cita-citanya untuk memiliki motor sebegitu tercapai.
(adaptasi iklan Petronas 2008)