Wednesday, December 4, 2013

Menabung membawa berkat

Aiman seorang kanak-kanak yang bijak.Walaupun baru berusia 10 tahun,dia sudah mampu untuk mereka pelbagai ciptaan inovasi.Segalanya bermula di suatu petang.
Pada petang itu Aiman ke jeti untuk memancing sekadar hobi.Kampung Aiman berhampiran pinggir laut.Rata-rata penduduk disitu bekerja sebagai nelayan tidak kurang juga yang bertani.Abah Aiman pula berniaga buah di sebuah gerai berhampiran jalan raya berdekatan kampung yang Aiman tinggal.
Di jeti Aiman melihat para nelayan yang baru pulang tidak kurang juga yang baru hendak mencari rezeki.Nelayan disitu bukanlah nelayan laut dalam cuma nelayan pesisir pantai sahaja.
Aiman mencapai jorannya yang direka sendiri menggunakan buluh halus dan benang kasar.Umpannya hanya secubit roti yang diikat pada hujung benang.Sambil duduk dijeti Aiman merendamkan umpannya itu ke dalam air.Selang seketika Aiman menaikkan benangnya,tiada ikan pada umpan.Aiman tidak berputus asa,umpan itu direndamkan lagi.Beberapa kali Aiman merendam naik kan umpan,namun hasilnya tetap sama;tiada ikan pada umpan.Sambil menongkat dagu Aiman memerhatikan gelagat Pak Azli, seorang nelayan yang berumur lewat 40an mengeluarkan ikan dari jalannya.Timbul minat Aiman untuk memiliki jala dan menjala ikan.
Lantas Aiman berlari merentasi sawah padi menuju kepada abahnya.Pada ketika itu abahnya sedang mengait buah nangka dan dikumpulkan untuk dibawa ke gerai.Aiman terus menyatakan hasratnya untuk memiliki jala tersebut.

"Abah...boleh belikan Aiman jala ikan",pinta Aiman lembut.
Sambil tersenyum abahnya menjawab,"Kalaulah abah ini banyak duit,bukan setakat jala ikan,jala ikan `jaws` pun abah belikan".
Aiman mengerut dahi dan berpaling dari abahnya."Jala ikan `jaws`",pelik fikirnya.
Aiman berlalu dari ayahnya dengan hati yang tidak gembira.Sewaktu Aiman berdiri termenung,Aiman terpandang ibunya membuang sampah.Sesudah ibunya berlaku pergi,Aiman terus berlari ke tempat buang sampah ibunya tadi.
Dibelek-belek sampah itu,disitu Aiman terjumpa kelambu nyamuk yang dibuang ibunya.Dibenak fikirannya muncul fikiran bernas untuk membuat jala ikan dari kelambu nyamuk tersebut.
Pada keesokannya,Aiman mengajak rakan-rakannya ke jeti bersama-sama kelambu nyamuk yang telah diubah suai menjadi jala ikan.Dijeti,Aiman menebarkan jala tersebut ke dalam air.Hasilnya terperangkaplah beberapa ekor ikan di jala ciptaannya itu.Aiman cukup berbangga dengan usahanya itu apatah lagi disorak oleh rakan-rakannya.
Hari yang lain sedang Aiman bermain dengan rakan-rakannya,salah seorang rakan Aiman,Saleh datang dengan kereta kecilnya.Kereta ini tidak enjin dan boleh dinaiki.Sudah semestinya Aiman berhasrat untuk mendapatkan kereta berkenaan.Namun,Aiman berasa bimbang untuk memberitahu abahnya mengenai hasrat berkenaan.Kebimbangan ini termati apabila Aiman terikat ulang tahun hari lahirnya akan tiba dan sudah tentu abahnya akan membelikan kereta yang dihasratnya itu.Aiman berlari girang mendapatkan abahnya di gerai buah milik abahnya.
Sebuah motor virago berlalu pergi dari gerai buah Pak Sahak,abah Aiman sesudah membeli sebiji nangka di gerai itu.Abah Aiman,Pak Sahak meletakkan duit dalam bekas.Di penutup bekas berkenaan terpampang gambar motor yang seakan motor virago.Pak Sahak membelek-belek gambar berkenaan.

"Kalaulah aku dapat bawak...alangkah nikmatnya",getus Pak Sahak dalam fikirannya.Dia sudah lama berkenan motor berkenaan.Namun terpaksa dia lupakan dan pendamkan sahaja hasrat tersebut.Pak Sahak memang mengamalkan jimat cermat dalam berbelanja.Pak Sahak bukanlah seseorang yang kedekut tetapi dia mempunyai sebabnya untuk berjimat-cermat.

"Abah...!",terkejut Pak Sahak dari lamunan apabila Aiman menyapa tangan abahnya itu.Penutup bekas duit diletakkan semula.
"Ada apa Aiman?",tanya Pak Sahak sambil memerhatikan anak tunggalnya itu termengah-mengah bagai dikejar hantu.
Aiman menarik nafasnya dan mengumpulkan kekuatannya untuk bercakap depan abahnya.
Dengan perasaan bercampur-campur antara bimbang dan gembira,Aiman cuba menjelaskan hasratnya pada abahnya.Harapannya sudah semestinya supaya abahnya tidak mengecewakannya kali ini.
"Abah boleh tak abah belikan Aiman kereta kayu sebab esok hari jadi Aiman tau",dengan harapan dia menunggu jawapan abahnya.
Jawapan yang abahnya beri memang tidak seperti diharapkan.Kecewa lagi Aiman untuk memiliki kereta kayu yang diidam-idamkan.
"Aiman,kalaulah pokok cempedak abah itu berdaun emas jangan katakan kereta kayu kereta kebal pun abah belikan",sindir abahnya sambil tersenyum.
Hal itu bukan penamat bagi Aiman untuk mendapatkan kereta kayu yang diidam-idamkan.Aiman dengan gigih mencari bahan-bahan buangan dan memereah keringat dan otak untuk membuat kereta kayu berkenaan.Pada hari berkenaan,Aiman dan rakan-rakan Aiman menayangkan kereta masing-masing.Kesemua rakan Aiman mendapat kereta yang dibeli abah masing-masing sedangkan Aiman pula hanyalah kereta kayu yang direka sendiri olehnya.Apabila dibandingkan ternyata kereta kayu yang direka Aiman lebih menakjubkan dari kereta rakan-rakannya.Lagi sekali Aiman mendapat pujian.
Kini,sudah lapan tahun berlalu.Aiman sudah menjadi seorang yang mahir dalam reka cipta.Di sekolah,beberapa pertandingan reka cipta telah dimenangi oleh Aiman.Bakat Aiman bukan setakat mereka cipta sahaja bahkan dia mampu membaiki peralatan-peralatan seperti televisyen,mesin basuh dan sebagainya.Ramai orang kampung Aiman mendapatkan khidmatnya untuk membaik pulih alat kelengkapan mereka.Tidak hairanlah apabila Aiman tamat persekolahan dan tamat menduduki SPM,Aiman dikunjungi beberapa orang kampungnya untuk mendapatkan perkhidmatannya baik untuk membaik pulih mahupun mereka alat untuk kemudahan mereka.Disinilah Aiman mendapatkan duit-duit poket,hendak meminta pada abahnya,Aiman sudah serik.
Pada suatu hari Aiman mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di luar negara.Aiman menunjukkan surat itu kepada abahnya bimbang juga sekiranya abahnya tidak mengizinkan dia pergi.Pak Sahak melihat-lihat kandungan isi surat berkenaan.Terukir senyuman bangga diraut wajahnya.Aiman memerhatikan abahnya.
"Senyum itu tanda setuju abah",kata Aiman sambil tangan kirinya mendakap abahnya yang ketika itu keduanya dalam kedudukan duduk di gerai buah abahnya
Pak Sahak mengeluarkan buku akaun bank dari bekas duit lalu diserahkan kepada anaknya Aiman.Aiman membelek-belek buku berkenaan.Pada halaman terakhir Aiman terlihat angka lebih dari RM 40 ribu tertera pada buku berkenaan.
"Ambil ni,buat belajar"kata Pak Sahak.
Sambil menitiskan air mata ,Aiman memeluk abahnya."Terima kasih,abah"
Sepuluh tahun sudah berlalu.Gerai buah Pak Sahak masih utuh seperti dahulu cuma kini rambut Pak Sahat sudah banyak beruban.Mukanya juga sudah berkedut.Sebuah motor yang mirip motor virago singgah di gerai buah Pak Sahak.Pak Sahak berasa teruja melihat motor tersebut.
Motor ini tidak pernah dilihatnya tapi dia berkenan benar dengan motor tersebut.
"Motor apa ini encik?",tanya Pak Sahak pada penunggang yang telah mematikan enjin motonya dan menangggalkan helmet dan penutup mulutnya.
"Eh,Aiman rupanya",Pak Sahak senyum keriangan apabila mendapati penunggang yang berdiri depannya itu adalah anaknya sendiri.
"Motor ni abah punya",beritahu Aiman.
"Ha...biar betul",tanpa berlengah lagi Pak Sahak terus menaiki motor tersebut.Gembira sangat rasa hatinya.Akhirnya cita-citanya untuk memiliki motor sebegitu tercapai.
(adaptasi iklan Petronas 2008)






Monday, October 7, 2013

Ombak rindu....(starting poem)

Hidup ini bagaikan layang-layang,
Bila angin membadai,ia terus terbang mencecah awan,
Namun bila talinya putus,
Ia hanyut dibawa angin,
menyerah kepada takdir,
Terdampar di badai,
Ombak Rindu

 

Friday, October 4, 2013

Syaitan educated

Syaitan itu tugasnya sentiasa ingin menyesatkan manusia.Iblis telah bersumpah  bahawa dia akan menyesatkan seluruh umat manusia.Disaat-saat kematian pun,syaitan akan tetap dengan tugasnya agar manusia menyimpang dari jalan kebenaran.

Dahulu,biasa terdengar cerita begini.Disaat-saat kematian,syaitan atau iblis akan datang berupa orang terdekat;ibu,ayah,adik-beradik,atau saudara-mara.Mereka akan datang supaya manusia itu tersimpang dari jalan yang lurus.

Syaitan akan hadir berupa orang terdekat dan membisikkan seperti ini.

"Wahai anakku,ikutlah jalan ini(jalan sesat),mudah-mudahan kamu akan selamat"

Setiap manusia ada bahagian masing-masing dalam menghadapi maut bergantung kepada amalannya semasa hidup.Ada yang berkesudahan baik dan ada yang berkesudahan tidak baik.

Al-kisah dizaman yang moden ini,disaat-saat kematian hampir menjengah.....

Tuan Rasyid merupakan orang Islam terkaya di Malaysia.Harta kekayaannya melimpah-ruah.Beliau yang dahulunya kuat mencari harta kekayaan kini hanya mampu terdampar di atas tilam.Mungkin faktor usia yang membuatkannya sedemikian rupa.

Keadaannya sudah semakin nazak.Rumahnya dipenuhi kaum keluarga dan jiran tetangga yang membacakan surah yassin kepadanya.Beliau sudah lemah longlai,tidak terdaya lagi,matanya terkebil-kebil,nafasnya juga sudah turun naik.Melihatkan keadaanya itu,kaum keluarga dan jiran tetangganya seperti sudah dapat menduga bahasa usia hartawan itu sudah tidak lama.Anak sulungnya,Hashim duduk menghampiri diri ayahnya.Dipegangnya tangan kanan ayahnya dengan tangan kanannya manakala tangan kirinya mengusap lembut kepala ayahnya.Bibirnya didekatkan ke telinga ayahnya.

"Ayah,ikut Hashim mengucap ...Lailahailallah,Muhammadurrasulullah....
Tidak menjawab,Rasyid masih dengan nafasnya yang turun naik itu.
Hashim tidak berputus asa,dicubanya untuk kali kedua mengajar ayahnya mengucap.Tetap sama.Kali ketiga pula ayahnya sudah bersuara,tapi bukannya mengucap kalimah shahadah seperti yang diajarkan anaknya,akan tetapi...

"Beg hitam,beg hitam,beg hitam..."itu dilaungkan Rasyid.Tangan anaknya dilepaskan.Agak sedikit terbangun kepala Rasyid.Matanya tertumpu kearah almari yang tidak berapa jauh dari tempat pembaringannya.Jari telunjuk kanannya menunjukkan kepada almari itu sambil masih berkata beg hitam tidak henti-henti.Nafasnya tercungap-cungap.

Hashim berpaling kearah almari yang ditunjukkan ayahnya.Dia hairan melihat perilaku ayahnya itu.Apa yang dimaksudkan ayahnya beg hitam itu dan apa yang berada didalam almari itu? Fikirnya keliru dengan situasi yang berlaku.

"Man,cuba kau buka almari tu,tengok apa yang ada disitu",arah Hashim kepada adiknya yang bongsu yang kebetulan berada dekat dengan almari yang dimaksudkan.Sebaik sahaja pintu almari dibuka,Tuan Rasyid kembali ke kedudukan asalnya dan berhenti bersuara,nafasnya masih tercungap-cungap.Selang beberapa ketika,beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir,matanya telah pejam dan nafasnya sudah terhenti.Melihat perkara itu,Hashim mengkiamkan bapanya dan menutup arwah dengan kain.Sementara itu,Man terus membelek almari yang disuruh abangnya untuk dibuka tadi.

Man menjumpai satu beg hitam.Mungkin inilah beg hitam yang dimaksudkan ayahnya sebentar tadi,getus hatinya.

"Abang,Man dah jumpa",teriak Man.
Hashim bangun menuju ke arah adiknya.Beg hitam itu dibuka,didalamnya terdapat pelbagai dokumen penting.Dokumen-dokumen itu adalah tender-tender projek milik ayahnya yang bernilai jutaan malahan bilion ringgit.

Mungkin syaitan pada era moden ini tidak perlu lagi untuk menjadi saudara terdekat dalam menyimpang manusia ke jalan kesesatan disaat kematiannya.Cukup sekadar menayangkan beg hitam sahaja.


Thursday, October 3, 2013

cerpen.....sispens


-->
Rahsia bola hitam & putih

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu
selepas
Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan
tak
Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun

cuma
tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain
dah ada basikal, dia masih berjalan
kaki.


Pengasuhnya mengadu kepada
bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal...apa tuan
tak segan?"


Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal
yang macam mana
dan si
anak cuma bagitau,


"Tak payah susah2 la
papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."


Hek eleh takkan
macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"



"Tak
perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan
itu
je."


Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima
je. maka
dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu,
yang

paling
canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa
berlaluâ€Â¦


kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.
Sekian lama
si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya
membelikan kasut
roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya
disimpan di dlm
stor..


Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi
kepada si bapa.


Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu
tak nak dibelikan
kasut roda
macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat
Papa?. No problem setakat beli
kasut roda je...".


Si anak
menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya
dah
rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut
roda.


Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan
papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya
kasut
roda, ditambah bola hitam dan
bola putih.


Selang beberapa
tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.


Sekarang kawan2nya
main permainan lain- main roller blade. musim
rollerblade melanda
kwasan tempat tinggal nya.
Trend baru....


Sementara tu, budak lelaki
tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas
bapanya
pulang dari luar
negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
si
bapa jadi malu
sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat
banyak,
keluar
negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.
Keesokkan
harinya, dalam bilik
anaknya sudah ada sepasang roller blade
baru bersama secebis nota: "Biar
kamu tak
malu".


Pada malamnya,
terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota
tersebut berbunyi:
"Papa, Kenapa tak belikan
bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan
nya."


"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.
Apalah
istimewanya
bola itam dan bola putih!!?


Keesokkan hari dan
seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota
sebegitu...hingga
dia
tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola
putih
untuk
kesekian kalinya.


Benar, setelah mendapat bola hitam & bola
putih tu, si anak tidak lagi
mendesak bapanya... Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa..
"trima kasih byk2 papa kerana belikan
saya bola hitam dan bola putih"


Masa berlalu....

Ketika di Sek
Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas,
member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.
Suatu hari,
ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh
membernya dengan
motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi
sangat
malu..
Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.


Itulah satu-satunya anaknya.
Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan
anaknya! Maka
ditawarkan
Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak

tawaran
ayahnya dengan alasan motor kurang
praktis, lagipun si anak cuma
inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si
bapa
tidak dapat menerima
penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh
berbincang.
Akhirnya
tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dgn
bola hitam dan
bola putih semestinya!! .


Tetapi si bapa masih kesal...
Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan
anak lelakinya bola hitam &
bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya
begitu memerlukan sebiji bola
hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula
tak pernah bagitahu kenapa
dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &
bola putih..


Sehingga
tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Kerana
gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak
dihadiahkan oleh
si bapa sebuah kereta
Ferrari keluaran terbaru.


Akan tetapi, sehingga
beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor
je.


Sehingga
aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
motoooooor
jeeeee..
Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
belikan
bola hitam bola putih. Tak
faham perasaan anak
sendiri!


Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn
bapanya. So,
selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk
bertanya
kpd si bapa, kenapa pak cik
tak belikan bola hitam bola
putih?


Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2
tu..huh..sampai
awek anak aku pun
tanya...bila si bapa menanyakan si awek
semula kenapa soalan tu yang di

tanya?. Si
awek pun bagitau, anak
lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi
bola hitam & bola putih!!



Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya
sudah begitu banyak bola hitam &
bola putih.
Nak buat apa lagii...,
fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di
hadapan awek
anakmya itu,
maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.


Suatu
hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit
bukau
menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah,
anak muda kan , ketika tenang memandu
si anak dicium aweknya dan dia jadi
gelabah
dan terus accident!!! Mereka
segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga
dimaklum
oleh pihak polis
tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana
mereka tidak memakai
seatbelt, si
awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak
tenat.


Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak
saya?"


Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami
telah
berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya
Encik
manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."


Perlahan si
bapa masuk, mendekati anaknya.


"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati
semasa memandu.." si anak juga
menangis
kerana aweknya tak dapat
diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan
dia...akrablah dua
manusia itu
beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat
pertemuan
terakhir antara dia dan anak lelakinya...
Dia teringat kembali persoalan yang
selama ini sering bermain di benaknya
dan keinginannya untuk mengetahui
tentang "mengapa anaknya selama ini

selalu minta bola hitam bola
putih"


"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk...
sehingga kamu
sering
kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan
untuk menjadi ayah yang
baik."


Anaknya menjawab dalam keadaan
lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
saya kecewa disebabkan papa
ada
kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam
dan
bola putih je kan ?"


Si bapa rasa timing jawapan untuk
persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU
SELALU MINTA BOLA HITAM &
BOLA
PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU

BERERTI
BUATMU?"




(anda semua pun ingin tahu kan
...?)








Si anak menjawab dengan nada terputus putus
kerana sudah tidak dapat
bertahan dan
masanya sudah hampir
tiba.....




"sebabnya ....saya.. saya...
saya......"




*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan
nafasnya hilang. Si anak
sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya
tentang bola hitam & bola putih.


Tengok, si bapa yang selalu hidup
bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku
yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak
nih..
Isk!Isk! Isk!........ ..Rasa
nak tumbuk je perut orang yang mula-mula
forward kat
aku.


P/S :
Sorry aarr sebab forward ni kat korang.
Hahaha pdan muke korg..

Perihal Nafsu

Manusia diberi akal dan nafsu.Nafsu adalah sebahagian dari diri manusia.Nafsu tidak dapat dipisahkan dengan erti kata lain,ianya tidak dapat dilenyapkan sama sekali dari dalam diri manusia.Maka sejauh mana manusia itu mengawal nafsunya itulah yang menjadi titik persoalan.
Nafsu itu sifatnya degil dan tidak ingin patuh.Maka kita harus mengawalnya dan mengunakannya pada masa yang patut.Maknanya menunaikan kehendak nafsu pada masa yang sesuai.Walaupun nafsu meronta-ronta supaya kehendaknya ditunaikan tetapi kita janganlah menurut nafsu semata-mata kerana ikut hati,mati ,ikut rasa,binasa,ikut nafsu,lesu.
Apa yang kita faham mengenai nafsu?Setiap manusia ada keinginan masing-masing.

Wednesday, October 2, 2013

Nakhoda yang degil

Tiga buah kapal nelayan bersama-sama menyusur arus ketengah lautan.Biasalah hidup sebagai nelayan,lautlah menjad sasaran mencari rezeki.Rezeki yang halal untuk anak isteri.

Bergembiralah hati ketiga-tiga nakhoda pada hari itu melihatkan cuaca yang baik,mungkin banyaklah hasil tangkapan hari ini,getus hati mereka.Sedang nelayan-nelayan itu asyik dengan kerja masing-masing,dengan hasil tangkapan masing-masing,dengan tidak disangka-sangka langit yang cerah bertukar menjadi gelap.Guruh mula berdentum.

Bukan sementara hal itu berlaku,berlarutan petir pula yang berdentum,kilat mula sabung-menyambung.Titisan-titisan hujan mulai jatuh.Laut mula bergelora,angin sudah semakin kencang.Melalui pengalaman nakhoda-nakhoda itu sudah tahu hujan pastinya akan lebat,dan ombak pastinya akan menjadi semakin ganas.

Maka dua daripada nakhoda itu berkeputusan untuk kembali ke pantai di kampung halaman mereka.Hujan sudah semakin lebat.Ombak sudah semakin mengganas memukul-mukul kapal-kapal  ketiga-tiga nelayan itu.Yang mengherankan kedua nakhoda itu,sebuah kapal lagi tidak bersama-sama mereka  berpusing pulang sedangkan hujan semakin lebat dan laut semakin bergelora.Mereka menghubunginya dengan alat komunikasi yang ada dalam kapal itu.

"Apa kau buat ni?Kau nak mati ke?",tanya nakhoda A.
"Balik!balik!..Arus semakin deras ni,"beritahu nakhoda B pula.
"Aku tahu apa yang aku buat,aku melihat hujan dan ribut ini hanya setempat yang kencang,aku akan bawa kapal aku ke tempat yang lebih tenang.Aku menjangka ribut ini hanya sementara,lagipun hasil tangkapan kita masih tak seberapa",balas nakhoda C.
"Tak perlu tamak sangat,harta dunia sahaja ni!Nyawa kau dan anak-anak kapal kau lebih penting,berpusinglah!bentak nakhoda A.
"Tak perlu berlagak hero,kapal kau akan pecah dengan pukulan ombak yang kuat ini",nakhoda B pula bersuara.

Sebenarnya si nakhoda C itu merasa kerisauan juga.Bukan sahaja nyawa dia sahaja dipertaruhkan,malah nyawa anak-anak buahnya.Namun,berbekalkan sedikit ilmu dan pengalaman dan percayanya pada naluri dan firasatnya yang mengatakan dia boleh teruskan,maka digagahinya juga.Azam dan tekadnya dikuatkan menyusuri ombak bergulung.Bukanlah terlampau tamak,tetapi perasaanya kuat mengatakan dia mampu mengaharungi cabaran ini dan mendapat lebih hasil tangkapan.Dan hasil tangkapan itu,rezeki itu untuk keluarganya juga.

"Woi,kau dengar tak,pusing balik",sekali lagi nakhoda A membentak keras.
Namun,panggilan dimatikan.Kelihatan kapal milik nakhoda C tidak menghiraukan panggilan supaya berpatah balik,meneruskan rancangannya menyusuri ombak bergulung.
"Degil betul dia tu",beritahu nakhoda A kepada nakhoda B.
"Ermm,kita biarkan ajela",jawab nakhoda B ringkas.

Kedua-dua nelayan itu kembali ke kampung nelayan.Hujan mulai reda,paras air mulai surut.Laut kembali tenang.Apalah nasib nakhoda C dan anak-anak buahnya itu?Entahla!
Kedua-dua nakhoda dan anak-anak buah mereka duduk bersantai sambil menikmati juadah di warung berhampiran laut di kampung mereka.Kisah ombak ganas dan nakhoda C yang degil itu tadi masih menjadi bualan.Masa terus berjalan,tiada lagi riak-riak kapal nakhoda C yang pulang.Sudah karamkah?

Ditengah-tengah mereka berbicara,tiba-tiba dilautan kelihatan kapal milik nakhoda C yang disangka sudah karam kembali menjengah.Terdengar hiruk-pikuk dan jeritan dari anak kapal nakhoda C sambil melambai-lambai keriangan ke arah warung itu.Tanpa berlengah mereka terus berlari-lari kearah jeti menanti kapal nelayan itu.

Nakhoda C mengukir senyuman senang sambil diikuti ketawa keriangan anak-anak kapalnya dengan hasil tangkapan yang lumayan.Nakhoda A dan B tergamam bisu.Mereka bersalam-salaman smbil menolong mengangkat  bakul-bakul hasil tangkapan untuk dijual kepada peraih.
"Syukur alhamdulilah,selamat semuanya",nakhoda C menadah tanda bersyukur kehadrat Ilahi yang memberi keselamatan dan rezeki yang melimpah ruah kepadanya pada hari itu.

Saturday, January 5, 2013

Nyalakan Tekad

Nyalakan azam membumbung, 
    Padukan tekad nan waja,
     songsongi ombak bergulung,
     menuju ke Pulau Cita. 

Setitik jadikan laut,
     Segempal jadikan gunung, 
     Namamu kelak disebut, 
    Jasamu kelak disanjung. 

Nyalakan tekad, 
     Dihujung cita, 
     sama muafakat, 
     ke Puncak Jaya. 

Kan megah langit dijunjung,
     rela bumi nan dipijak,
     kan megah ibu mengandung , 
      Putera puterinya berjasa                             -Usman Awang-