Wednesday, October 2, 2013

Nakhoda yang degil

Tiga buah kapal nelayan bersama-sama menyusur arus ketengah lautan.Biasalah hidup sebagai nelayan,lautlah menjad sasaran mencari rezeki.Rezeki yang halal untuk anak isteri.

Bergembiralah hati ketiga-tiga nakhoda pada hari itu melihatkan cuaca yang baik,mungkin banyaklah hasil tangkapan hari ini,getus hati mereka.Sedang nelayan-nelayan itu asyik dengan kerja masing-masing,dengan hasil tangkapan masing-masing,dengan tidak disangka-sangka langit yang cerah bertukar menjadi gelap.Guruh mula berdentum.

Bukan sementara hal itu berlaku,berlarutan petir pula yang berdentum,kilat mula sabung-menyambung.Titisan-titisan hujan mulai jatuh.Laut mula bergelora,angin sudah semakin kencang.Melalui pengalaman nakhoda-nakhoda itu sudah tahu hujan pastinya akan lebat,dan ombak pastinya akan menjadi semakin ganas.

Maka dua daripada nakhoda itu berkeputusan untuk kembali ke pantai di kampung halaman mereka.Hujan sudah semakin lebat.Ombak sudah semakin mengganas memukul-mukul kapal-kapal  ketiga-tiga nelayan itu.Yang mengherankan kedua nakhoda itu,sebuah kapal lagi tidak bersama-sama mereka  berpusing pulang sedangkan hujan semakin lebat dan laut semakin bergelora.Mereka menghubunginya dengan alat komunikasi yang ada dalam kapal itu.

"Apa kau buat ni?Kau nak mati ke?",tanya nakhoda A.
"Balik!balik!..Arus semakin deras ni,"beritahu nakhoda B pula.
"Aku tahu apa yang aku buat,aku melihat hujan dan ribut ini hanya setempat yang kencang,aku akan bawa kapal aku ke tempat yang lebih tenang.Aku menjangka ribut ini hanya sementara,lagipun hasil tangkapan kita masih tak seberapa",balas nakhoda C.
"Tak perlu tamak sangat,harta dunia sahaja ni!Nyawa kau dan anak-anak kapal kau lebih penting,berpusinglah!bentak nakhoda A.
"Tak perlu berlagak hero,kapal kau akan pecah dengan pukulan ombak yang kuat ini",nakhoda B pula bersuara.

Sebenarnya si nakhoda C itu merasa kerisauan juga.Bukan sahaja nyawa dia sahaja dipertaruhkan,malah nyawa anak-anak buahnya.Namun,berbekalkan sedikit ilmu dan pengalaman dan percayanya pada naluri dan firasatnya yang mengatakan dia boleh teruskan,maka digagahinya juga.Azam dan tekadnya dikuatkan menyusuri ombak bergulung.Bukanlah terlampau tamak,tetapi perasaanya kuat mengatakan dia mampu mengaharungi cabaran ini dan mendapat lebih hasil tangkapan.Dan hasil tangkapan itu,rezeki itu untuk keluarganya juga.

"Woi,kau dengar tak,pusing balik",sekali lagi nakhoda A membentak keras.
Namun,panggilan dimatikan.Kelihatan kapal milik nakhoda C tidak menghiraukan panggilan supaya berpatah balik,meneruskan rancangannya menyusuri ombak bergulung.
"Degil betul dia tu",beritahu nakhoda A kepada nakhoda B.
"Ermm,kita biarkan ajela",jawab nakhoda B ringkas.

Kedua-dua nelayan itu kembali ke kampung nelayan.Hujan mulai reda,paras air mulai surut.Laut kembali tenang.Apalah nasib nakhoda C dan anak-anak buahnya itu?Entahla!
Kedua-dua nakhoda dan anak-anak buah mereka duduk bersantai sambil menikmati juadah di warung berhampiran laut di kampung mereka.Kisah ombak ganas dan nakhoda C yang degil itu tadi masih menjadi bualan.Masa terus berjalan,tiada lagi riak-riak kapal nakhoda C yang pulang.Sudah karamkah?

Ditengah-tengah mereka berbicara,tiba-tiba dilautan kelihatan kapal milik nakhoda C yang disangka sudah karam kembali menjengah.Terdengar hiruk-pikuk dan jeritan dari anak kapal nakhoda C sambil melambai-lambai keriangan ke arah warung itu.Tanpa berlengah mereka terus berlari-lari kearah jeti menanti kapal nelayan itu.

Nakhoda C mengukir senyuman senang sambil diikuti ketawa keriangan anak-anak kapalnya dengan hasil tangkapan yang lumayan.Nakhoda A dan B tergamam bisu.Mereka bersalam-salaman smbil menolong mengangkat  bakul-bakul hasil tangkapan untuk dijual kepada peraih.
"Syukur alhamdulilah,selamat semuanya",nakhoda C menadah tanda bersyukur kehadrat Ilahi yang memberi keselamatan dan rezeki yang melimpah ruah kepadanya pada hari itu.

No comments:

Post a Comment