Saturday, July 17, 2021

Damai abadi

 Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,

Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Thursday, July 15, 2021

Matahari buatan?!!!......

    Nama jolokan yang diberi ialah matahari buatan. Sebenarnya ia adalah reaktor nuklear. Reaktor nuklear sebelum ini menggunakan teknik pembelahan nuklear, dari atom yg besar kepada atom- atom yang lebih kecil. Namun, kali ini reaktor nuklear direka dari konsep pelakuran nuklear , dari atom yang kecil disatukan menjadi atom yg lebih besar.

    Kenapa dinamakan matahari buatan? Hal ini demikian kerana hanya di matahari sebelum ini terjadi pelakuran nuklear apabila atom- atom hidrogen yang kecil disatukan menjadi atom helium yg lebih besar.

    Pergabungan atom-atom kecil ini menjadi atom yang lebih besar menghasilkan tenaga nuklear yang sangat berguna dalam penghasilan tenaga elektrik. Reaktor nuklear adalah untuk menghasilkan tenaga elektrik seumpamanya dan tenaga elektrik ni memberi manfaat kepada seluruh kehidupan manusia saat ini.

  
 
Ini adalah bidang termonuklear. Teknik pelakuran nuklear ini dapat menghasilkan tenaga bersih yang jauh lebih baik dari teknik pembelahan nuklear. Selain itu, teknik ini dikata lebih mesra alam.

    Pada ketika ini ia masih di peringkat penyelidikan dan ujian dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada 2035. Harapan bagi projek ini adalah membekalkan keperluan tenaga yang lebih baik, selamat dan mesra alam kepada manusia sejagat.

    Selain itu, projek ini dapat memberi pulangan ekonomi apabila mereka merancang untuk menghasilkan reaktor mini yang boleh dijual kepada negara lain. Selain China, ada beberapa negara lain seperti Perancis, Korea Selatan dll sedang memajukan teknologi ini. Projek penyelidikan dan pembuatan reaktor nuklear menggunakan teknik pelakuran ini telah digerakkan oleh International Termonuclear Experimental Reactor (ITER) yang melibatkan kerjasama antara 35 negara.

    Setakat ini China bermatlamat mencapai kestabilan suhu. Setakat 1 jun 2021 dilaporkan oleh akhbar China telah mengekalkan plasma pada suhu120 juta darjah celcius selama 101 saat dan dan pada suhu 160 juta darjah celcius selama 20 saat.Cabarannya untuk reaktor nuklear menggunakan teknik pelakuran ialah atom-atom akan berlanggar sendiri dan bergabung hanya berlaku pada suhu dan tekanan lampau tinggi . Matlamat ITER ialah menghasilkan 500 megawatt kuasa output dari hanya 50 megawatt kuasa input dan schedule generate plasma pertama pada 2025. Cabaran kini adalah untuk mengekalkan suhu lampau tinggi lebih lama untuk penjanaan tenaga tersebut.


Friday, November 7, 2014

Keperluan sains dalam kehidupan

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah Tuhan sekalian Alam kerana dengan limpah rahmatnya kita dapat meluangkan masa untuk berada di alam siber ini. Bagi mereka sentiasa berfikir sesungguhnya kekuasaan Allah Subhanahu wata'ala adalah Maha Agung dan Maha Besar dalam mentadbir alam yang dengan cukup sempurna dan tiada sebarang kecacatan serta celanya.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik manusia yang sentiasa namanya di bibir kita, Nabi Muhammad Shallalahu 'alaihi wasalam, keluarganya serta para sahabat baginda, para tabi'in, para tabi' tabi'in yang telah bersusah payah memperjuangkan Islam untuk kita nikmati pada zaman ini.

Mutakhir ini, kebanyakan orang sudah mula menyedari tentang kewujudan ilmu sains dan kepentingan mempelajarinya. Banyak penemuan-penemuan kajian saintifik telah melakarkan seribu satu kisah persoalan yang akhirnya akan membawa kita kembali kepada Pencipta Yang Maha Agung. Sains telah membawa kita untuk melihat sendiri dengan mata dan telinga kita menerusi kajian-kajian ilmiah yang akhirnya kita akur bahawa ada satu kuasa yang mengawal segala perjalanan di dalam dunia ini tanpa ada cacat dan celanya. Memang benarlah pepetah Inggeris menyatakan "Science is a sign!" [Sains ialah suatu petanda!]...Persoalannya tanda apakah yang hendak di bawa oleh sains?..Maka eloklah kita mengetahui apakah itu ilmu sains terlebih dahulu..

Merujuk kepada Encyclopedia Britanica International London, istilah 'sains' adalah dari bahasa Latin, 'scire' bermaksud 'to know' atau 'untuk mengetahui' dan sains banyak merungkai berkenaan dengan pengetahuan tentang alam semesta dan perkara yang berkaitan dengannya. Istilah sains dalam tulisan Dr. Haji Jamnul Azhar pula menyatakan bahawa, 'sains' merupakan 'sesuatu kajian ilmiah yang dijalankan secara empiris mengikut disiplin ilmu tertentu melalui alat apparatus tertentu dan ukuran tertentu'.

Menurut buku Encyclopedia Britanica International London lagi, 'sains terdiri di atas sesuatu eksperimen dan peninjauan yang tepat bagi menghasilkan teori'. Apabila teori tersebut benar dan dapat diterima akal, teori tersebut dapat diguna pakai di dalam pelbagai cara dan percubaan. ini dikenali sebagai cara saintifik. Pencarian bagi sesuatu fakta dan prinsip yang baru pula dikenali sebagai sains tulen, manakala penggunaan dan aplikasi terhadap pengetahuan saintifik di dalam kehidupan dikenali sebagai aplikasi sains.



Sains juga terdiri daripada pelbagai cabang dan bidang. Antara bidang sains yang terkenal dan menjadi tumpuan utama ialah di dalam bidang astronomi, geologi, fizik, kimia dan biologi. Ilmu astronomi merupakan suatu cabang ilmu sains yang menrangkan tentang kajian mengenai bintang-bintang, planet, galaksi dan pelbagai mengenai sesuatu jasad yang terdapat di angkasa lepas. Istilah astronomi terbit dari perkataan Yunani iaitu 'astro' yang bermaksud 'kajian tentang bintang'. Ilmu geologi pula merupakan suatu bidang ilmu yang berkaitan dengan struktur bumi, iaitu berkenaan batu-batuan yang terdapat di dalam bumi. Fizik pula ialah suatu bidang ilmu yang berkaitan dengan jirim. Kajian yang biasa dilakukan dalam bidang fizik ialah seperti pembentukan tenaga, cahaya, kelajuan dan sebagainya. Bidang kimia merupakan salah satu bidang sains yang menekankan kajian mengenai kandungan yang terdapat dalam satu bahan yang ada di dalam bumi. Begitu juga bahan-bahan kimia dapat dihasilkan di dalam kajian dan eksperimen kimia. Akhirnya bidang biologi yang merupakan disiplin ilmu sains yang berkaitan dengan benda-benda hidup.

Keutuhan, penemuan dan perkembangan sains di dunia kini makin meluas mengikut perkembangan dan keperluan semasa.Cabang-cabang sains turut bertambah dan kini ia menjadi asas kepada perkembangan ilmu-ilmu sains masa kini. Ilmu-ilmu seperti biochemistry (biologi dan kimia), astrophysics (astronomi dan fizik) dan geophysics (geologi dan fizik) kini merupakan perkembangan kepada cabang-cabang ilmu yang asas tadi. Prinsip asas di dalam bidang tersebut banyak memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia.

Faedah dan kepentingan sains di dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dinafikan oleh manusia. Sains dapat memberikan satu inspirasi baru terhadap kehidupan manusia sejagat. Kelebihan dan kemanfaatan bidang ilmu ini dapat dilihat di dalam ruang perspektif dunia kini. Perubahan dan ledakan baru akibat dari penemuan-penemuan terkini di dalam disiplin ilmu sains dapat dipertengahkan dengan melihat teknologi terkini akibat dari evolusi sains itu. Banyak ciptaan dan rekaan dapat dihasilkan daripada penemuan sains. Manusia kini bergantung harap kepada penemuan-penemuan baru bagi meningkatkan lagi tahap keselesaan hidup. Namun yang demikian, lama kelamaan sains semakin berkembang tanpa had dan batasan. Penemuan demi penemuan baru dapat ditemui bagaikan cendawan yang baru tumbuh selepas hujan. Sains kini seperti ombak besar yang membawa manusia seolah-olah ke alam dan dimensi baru dalam kehidupan manusia sejagat.

Perkembangan ilmu sains sebenarnya bukanlah datang dari Barat seperti yang di dakwa oleh sarjana-sarjana dan para ilmuwan Barat, tetapi ia datang dari para ilmuwan Islam terdahulu. Perkembangan sains kini hanyalah sekadar usaha memperkembangkan ilmu yang sedia ada yang asal usulnya datang daripada para ilmuwan Islam. Kehebatan dan ketinggian ilmu yang diperoleh daripada para ilmuawan Islam yang terunggul pada abad ke-11, iaitu kesan selepas kejatuhan empayar Islam Abassiyah di Sepanyol daripada tangan uamt Islam, maka dapatlah orang-orang Barat mengaut dan mendapatkan khazanah ilmu itu. Sejarah dunia menerangkan bahawa 'Zaman Kegelapan' atau 'The Dark Ages' merupakan zaman yang cukup ngeri bagi bangsa Eropah, tetapi pada zaman itulah merupakan 'Zaman Keemasan' atau "The Golden Ages' kepada umat Islam.

Ilmu yang menjadi asas kepada orang-orang Barat sebenarnya merupakan asuhan dari orang-orang Islam sendiri yang menyebarkan ilmu-ilmu mereka kepada sesiapa sahaja yang ingin mempelajari ilmu serta penemuan-penemuan terbaru sains. Sebagai satu contoh Kitab Qanun fi Tibb karangan Ibnu Sina menjadi rujukan di pusat-pusat pengajian perubatan Eropah selama kira-kira 400 tahun lamanya. Jadi tidaklah benar hakikat bahawa semua ilmu berkenaan dengan sains itu datang atau lahir dari golongan cendiakawan orang-orang Barat, tetapi mereka cuma menghadiri kelas sahaja!

Ilmu sains yang dipelopori oleh cendiakawan Islam ini terus berkembang dengan pesat dan tersebar dengan adanya keinginan serta kemahuan para pelajar yang datang dari Eropah ke kota-kota Islam seperti Andalusia, Zahrah dan Baghdad pada ketika dahulu untuk membawa pulang sebahagian buku-buku serta ilmu-ilmu yang telah mereka pelajari di sana. Ilmu Islam juga berkembang pesat seiring dengan perkembangan ilmu sains di dunia Islam pada ketika itu iaitu sekitar dari tahun 900 hingga 1400 Masihi. Dalam masa yang sama, Eropah masih berada dalam zaman kemunduran dari segi keilmuan dan budaya hidup. Pernah seorang ahli syair Eropah yang berada di Andalusia pada zaman itu mengungkapkan:

"Anak-anak kecil kami masih bermain dengan lumpur,

Sedangkan anak-anak Muslimin di Andalus sudah pandai menulis dan mengira'

Waktu malam kami begitu gelap sekali,
Waktu malam di Zahrah bagaikan siang di sinari cahaya lampu.


Setelah berlakunya reformasi di kalangan orang-orang Barat, khususnya bagi orang-orang Kristian Nasrani, mereka mula mengembangkan daya pemikiran dengan pelbagai binaan , rekaan dan ciptaan baru. Ini semua kesan dari perubahan cara hidup yang di bawa para graduan dari kota-kota Islam. Sebagai contoh salah seorang Paderi Agung Kristian yang bergelar Sylvester II yang giat berusaha merubah gaya hidup masyarakat Itali pernah belajar di Masjid Qurtubah, Qurtubah (Cordova), Sepanyol. Antaranya juga terdapat putera-putera raja yang berlumba-lumba mendapatkan 'pendidikan Arab' seperti yang terkenal dengan kejayaannya menubuhkan Universiti yang pertama di Eropah, Universiti Constantinople iaitu Prince Federick II.

Kejayaan merubah cara hidup orang Eropah inilah telah berjaya mmbuatkan revolusi pertanian bertukar kepada revolusi industri dan revolusi demi revolusi berlaku di negara Barat setelah mereka bangkit dari zaman kegelapan yang berlaku hampir lebih 1000 tahun. Tamadun Barat yang didokongi oleh kita semua pada hari ini seharusnya berterima kasih kepada tamadun Islam yang banyak memberi peluang dan perubahan kepada dunia Barat pada hari ini.

Hakikatnya, Islam telah berjaya mengeluarkan Barat dari alam gelap kejahilan dan kemunduran kepada dunia perkembangan ilmu serta teknologi. Justeru itu, jika kita seorang Muslimin yang mempunyai akal yang boleh berfikir maka seharusnya kita berusaha agar kegemilangan masa lampau akan dapat dikecapi sekali lagi. InsyaAllah......

Rujukan:
1. Quran Saintifik, Dr Danial Zainal Abidin, PTS Millenia 2009
2. Menyingkap Keajaiban Al-Quran Mengikut Kajian Sains, Abu ar-Razi al-Ahmadi, Pustaka Ilmi 2002
3. Hebatnya Al-Quran Jika Kamu Berfikir, Mohd Syamil Mohd Yusuff, Mustread Sdn Bhd 2010

Saturday, September 13, 2014

Kesabaran Ayub

    Nabi Ayub a.s hidupnya mewah dengan anak isteri yang ramai,tanah-tanah , ladang yang luas dan binatang peliharaan yang banyak.Baginda amat dihormati kaumnya. Baginda berasal dari keturunan Ishak anak Ibrahim.Hal ini amat dicemburui musuh manusia,Iblis laknatullah.Berkata Iblis kepada Allah," Wahai Allah aku ingin menguji keimanan Ayub"....Maka Allah memberi kebenaran kepadanya,"Maka engkau mendapati Ayub adalah dari hambaku yang sabar,firman Allah".

    Justeru itu,dengan keizinan diberi kepada Iblis, Iblis telah merencana rancangannya untuk mengugat keimanan Ayub. Lalu dia bersama konco-konconya telah membakar ladang Ayub dan menjahanamkan keseluruhan harta  Ayub musnah kesemuanya,lalu dia datang kepada Ayub supaya Ayub merasa susah dengan perkhabaran itu namun Ayub sebaliknya mengucap syukur dengan musibah itu,Iblis pulang dengan hampa.Lalu dia merencankan rancangan seterusnya,habis kesemua anak Ayub dibunuhnya,namun Iblis masih lagi hampa kerana tidak berhasil mengugat Ayub.Iblis tidak berputus asa,lalu dihembuskannya penyakit kepada Ayub. Lalu Ayub ditumbuhi kudis.

    Ayub kini tidak lagi seperti dulu,badannya ditumbuhi ulat dan berbau,orang ramai mula menjauhinya.Hanya seorang sahaja isterinya yang masih lagi ingin bersama dengannya,yang lain telah diceraikan atas permintaan mereka sendiri.Nabi Ayub dan isterinya tinggal jauh dari masyarakat kerana wabak penyakit itu menyebabkan orang ramai berasa khuatir akan penyakit itu boleh merebak kepada mereka. Berkatalah suatu hari isterinya kepada Nabi Ayub "Wahai Ayub sesungguhnya engkau itu seorang nabi yang mulia disisi Allah,maka mintalah untuk kesembuhanmu".Lantas Ayub berkata "Wahai isteriku,sesungguhnya aku malu untuk meminta kepada Allah,Dia telah memberikan ku kesenangan selama 80 tahun,apakah aku tidak boleh sabar dengan ujiannya ini".

    Tinggallah Ayub sehingga  boleh kelihatan tulangnya,hati dan lidahnya masih lagi baik dan Baginda sentiasa berzikir pada Allah sewaktu sakitnya itu.Sehinggalah ulat-ulat itu tidak ada lagi daging untuk dimakannya,maka saling makan diantara mereka sehingga tinggal 2 ekor sahaja.Lalu yang seekor ke lidahnya dan seekor lagi ke hatinya.Pada masa inilah Ayub berdoa kerana bimbang Baginda tidak boleh lagi berzikir kepada Penciptanya sekiranya ulat-ulat itu memakan hati dan lidahnya, " Sesungguhnya aku telah ditimpa bahaya yang dahsyat , sedang Engkau Dzat yang Maha Pengasih."  Lalu Allah Taala menjatuhkan kedua itu dari diri Nabi Ayyub a.s maka yang jatuh ke di air kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan darah, dan yang satu lagi jatu di darat yang kelak menjadi lebah yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia .

    Kemudian datanglah malaikat Jibril a.s dengan membawa buah delima syurga. Kata Nabi Ayyub a.s ; " Ya Jabril , apakah Tuhanku masih ingat kepadaku?" Kata Jibril " Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruhmu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu."

    Ketika Nabi Ayyub a.s memakan kedua delima itu, Jibril berkata lagi : " Berjalanlah dengan kedua kakimu." maka Nabi Ayyub a.s pun berdiri dengan izin Allah!." Maka Nabi Ayyub a.s memukul kakinya yang kanan ke tanah, sehingga keluarlah air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin sehingga ia minum dari air tersebut . Kemudian hilanglah segala penyakitnya, baik bahagian luar mahupun dalam. Dan tubuhnya Nabi Ayyub a.s lebih gagah dan tegap semula, wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama .
 


Thursday, August 21, 2014

Umar al-khattab

Saidina Umar al-Khattab merupakan sahabat nabi yang tegas orangnya.Walhal beliaulah paling memusuhi islam pada awalnya menjadi pembela dan penegak islam yang begitu kuat.Keislamannya juga diumum pada khalayak masyarakat jahiliyah,tidak ada perasaan takut dan gerun.Tiada sesiapa pun berani berkata apa-apa.Bukan sahaja disegani dan digeruni oleh manusia biasa,malah jin dan syaitan juga gerun kepadanya.Sekiranya Saidina Umar melalui satu lorong,jin syaitan akan melalui lorong lain.Pernah satu ketika seorang perempuan dikacau oleh pemuda-pemuda Mekah lalu hal itu diadukan pada Saidina Umar ketika beliau memegang jawatan khalifah.Lalu ia mendatangi penduduk Mekah sekaliannya,"Wahai penduduk Mekah,sesiapa yang menggangu perempuan ini,maka dia akan berhadapan denganku"Lantas tiada lagi berani mengganggu perempuan itu.Satu lagi kisah mengenai seorang suami yang ingin mengadu kepada Khalifah Umar akan hal isterinya yang sedang membebel.Namun,langkahnya terhenti didepan pintu rumah Khalifah Umar.Melihatkan Umar al-Khattab yang garang dan digeruni itu dibebelkan isterinya dan si suami itu melihat hanya diam tidak terkata apa-apa,lalu dimatikan niatnya untuk berjumpa Khalifah Umar.Si suami berniat untuk berpatah balik.Saidina Umar yang melihat si suami itu memanggilnya dan menanya sebab kedatangan.Lantas si suami berkata,"Wahai Umar,aku kesini untuk mengadu nasibku yang asyik dileteri isteriku,namun apabila aku sampai kerumahmu,aku melihat kau pula dileteri isterimu dan kau diam tidak berkata apa-apa.Pantas aku matikan niatku untuk berjumpamu dan berpatah balik kerumahku".Saidina Umar pun menjawab,"Wahai saudara,isteriku sangat berjasa kepadaku,Dia yang melahirkan anak untukku,dia bersusah-payah menyiapkan makan minumku,dia juga yang membantu aku mendidik anak-anakku sewaktu aku tiada dirumah,lantas apakah perlu aku memarahinya kerana leterannya untuk melepaskan penatnya semata-mata"

Tuesday, August 19, 2014

Rasulullah

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela

Thursday, August 14, 2014

Tanya sama hati....

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
 .................................................
Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.