Sunday, January 30, 2011

Bentuk ketenteraan negara Islam

Sampai bilakah Israel akan dibiarkan mengganas tanpa hukuman yang sewajarnya? Kenapa tindakan ganas Israel tidak disusuli dengan tindakan dan hukuman yang sewajarnya? Kenapa kuasa-kuasa besar utama dunia, khususnya Amerika Syarikat (AS), Britain dan sekutunya tidak melakukan tindakan yang benar-benar berkesan?
Kenapa negara kecil seperti Israel begitu berani bertindak khususnya ke atas orang Islam Palestin, sedangkan dia dikelilingi oleh negara-negara Arab Islam yang jauh lebih besar darinya?
Itu semua adalah soalan-soalan yang selalunya bermain di kepala kita setiap kali tindakan ganas yang tidak berperi kemanusiaan dilakukan oleh Israel.
Tindakan ganas yang baru dilakukan beberapa hari lalu (31 Mei 2010) oleh pasukan komando Israel ke atas kapal Turki, Mavi Marmara yang dalam pelayaran di perairan antarabangsa telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan puluhan lain cedera.
Dunia sekali lagi dikejutkan oleh keganasan rejim Yahudi itu. Perasaan marah meluap-luap khususnya di kalangan umat Islam, tunjuk perasaan berlaku di seluruh ibu kota negara Islam, bendera Israel dan bendera AS dibakar. Laungan marah dijerit sekuat-kuatnya. Beberapa ketika kemudiannya, ia akan reda dan hilang seketika sehingga keganasan baru Israel berlaku semula.
Setahun lebih yang lalu (hujung 2008 hingga awal Januari 2009), Israel mengganas di Semenanjung Gaza selama lebih tiga minggu. Orang awam, kanak-kanak, wanita dan bangunan awam musnah. Rakyat melaungkan kebencian di seluruh dunia. Israel buat tak peduli walau hampir semua negara mengutuk tindakannya itu.
Kenapa tindakan ganas Israel ini berlaku dan terus berlaku? Apa yang harus kita lakukan?
Saya melihat struktur kuasa yang ada sekarang tidak akan membawa kesedaran kepada Israel. Struktur kuasa yang ada sekarang adalah merujuk kepada struktur state dan organisasi yang dibentuk selepas Perang Dunia Kedua berakhir dan asasnya adalah struktur kuasa dan organisasi yang bermula daripada konflik besar awal abad ke-20 (Perang Besar 1914-1918).
Ini kerana negara Israel lahir dan dibentuk oleh sistem yang dinyatakan itu dan terus kekal sehingga ke hari ini.
Perjanjian Versailles 1919 berusaha membentuk order baru dunia pasca konflik besar 1914-1918. Tetapi untuk siapa? Jawapannya pasti untuk Barat dan sekutunya, jauh sekali untuk Islam dan bukan Barat. Ho Chi Minh hadir dalam persidangan itu di Paris, tetapi kecewa kerana apa yang cuba dibentuk oleh Woodrow Wilson bukan untuk kepentingan sejagat, tetapi hanya untuk Barat dan melindungi kepentingan Barat.
Lalu Ho Chi Minh melihat kepada Soviet Union yang baru dibentuk (Revolusi Bolsevik 1917). Perjuangan Ho Chi Minh diteruskan sehingga berlakunya Perang Vietnam Pertama 1946-1954 dan terbentuk Vietnam Utara pada 1954 dan kejayaan penyatuan seluruh Vietnam pada 1975. Ini menunjukkan penipuan Barat yang menyatakan bahawa hentikan perang 1918 dan kita bina hidup baru demi perdamaian sejagat. Itu hanya untuk mereka orang Barat, bukan untuk keadilan sejagat seluruh dunia.
Apa kesannya kepada dunia Islam akibat rebahnya kerajaan Turki Uthmaniah pada 1918? Wilayah Islam di Asia Barat dipecah-belah dan dibahagikan kepada kuasa Barat. Lebih awal dari itu telah berlaku Arab Revolt 1916 (iaitu satu penipuan besar British terhadap orang Arab agar tidak menyokong Turki, dengan janji kemerdekaan kepada bangsa berbahasa Arab jika Turki dapat dikalahkan).
Orang Islam ditipu hidup-hidup apabila pada 1917 berlakunya Belfour Declaration yang menjadi asas kepada pembentukan negara Israel hari ini. Sejak itulah hijrah masuk penduduk Yahudi ke Palestin dengan sokongan kuat British bermula dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia Pertama.
Peranan pihak British kemudiannya dimainkan oleh AS pada tahun-tahun awal selepas Perang Dunia Kedua, apabila pihak British secara relatifnya lemah. Ini telah membawa kepada pembentukan dan perisytiharan negara Israel pada tahun 1948.
Penubuhan Israel ini mendapat tentangan oleh banyak negara dunia, khususnya negara Islam di Asia Barat dan lain-lain bahagian dunia. Sehingga kini Malaysia, Indonesia dan Brunei tidak mempunyai hubungan diplomatik dan masih tidak mengiktiraf negara Yahudi.
Kenapa masalah ini berlarutan sehingga kini dan gagal diselesaikan? Apakah boleh diharapkan kepada PBB membantu menyelesaikan masalah keganasan Israel terhadap umat Islam Palestin. Adakah Israel akan berhenti membunuh Arab Palestin? Bila akan berakhir pembunuhan yang sedang dilakukan?
Dengan struktur yang ada, iaitu merujuk kepada PPB yang dikuasai oleh AS dan sekutu Baratnya maka apa pun keputusan, hanyalah akan bersifat keputusan yang apabila sampai kepada tindakan, ia tidak akan berjaya menyekat tindakan ganas Israel.
Tindakan yang akan dilakukan amat menyakitkan hati umat Islam. Ini berkait rapat dengan apa yang saya nyatakan di atas bahawa, terbentuknya negara Israel pada 1948 adalah dengan sokongan dan kepentingan Barat, khususnya AS (asas yang dibentuk iaitu Belfour Declaration 1917 juga adalah disokong kuat oleh Barat).
Adalah amat mustahil PBB akan melakukan sesuatu yang benar-benar melemahkan kedudukan Israel. Kita sebenarnya tertanya-tanya kenapa tindakan ganas Israel itu tidak disusuli oleh satu tindakan yang sewajarnya oleh PBB yang mewakili masyarakat antarabangsa yang menyanjung tinggi hak kemanusiaan?
Sistem dan struktur kuasa serta organisasi yang didokong oleh Barat juga gagal memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah ini. Liga Arab nampaknya seakan-akan satu Pertubuhan Negara-Negara Arab, tetapi negara-negara yang menganggotainya seperti Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan lain-lain mempunyai hubungan dan kepentingan tertentu dengan AS yang tidak meletakkan kepentingan umat Islam itu lebih utama. Dalam banyak hal, tindakan mereka seolah-olah dikawal oleh AS.
Saya lebih melihat kepada satu bentuk pakatan baru yang tidak dipengaruhi oleh Barat (dan berusaha agar tidak dipengaruhi oleh Barat khususnya AS dalam sebarang keputusan). Ia mungkin lebih bersifat “radikal” tetapi kalaulah mahu penyelesaian, maka tindakan ini difikirkan sangat perlu.
Kalaulah OIC itu mahu dijadikan asas organisasi yang diharap-harapkan, maka perlu dimasukkan beberapa ketetapan yang mempunyai unsur-unsur ketenteraan di dalamnya, di mana apabila difikirkan perlu negara-negara anggota boleh membentuk pakatan tentera bagi melindungi negara anggota lain.
Ini bukan bermakna kita mahu peperangan, tetapi tujuan melindungi diri negara anggota daripada diserang. Kita mesti memasukkan ketetapan misalnya “sebarang pencerobohan ke atas mana-mana kawasan Islam seolah-olah menyerang semua wilayah Islam.”
Negara-negara Islam yang kuat seperti Iran atau Turki misalnya mungkin boleh memimpin organisasi baru ini dengan lebih berkesan.
Sudah pasti organisasi ini akan tidak disenangi oleh pihak AS dan Barat. Tetapi ini adalah jalan akhir bagi umat Islam daripada terus ditindas tanpa dibela. PBB tidak lagi boleh benar-benar diharapkan kerana ia tidak akan membela umat Islam. Rundingan selalu dilakukan di antara Palestin dan Israel, tetapi dalam masa rundingan sedang berjalan, pembunuhan dan tindakan kejam ke atas umat Palestin terus berlaku.
Organisasi ini agak radikal bagi kaca mata Barat, tetapi adil bagi umat Islam/Palestin yang sentiasa diancam dan dibunuh tanpa pembelaan. Pembunuhan kejam ke atas misi kemanusiaan adalah satu lagi tahap kekejaman yang sangat tinggi. Apa yang sedang berlaku pada masyarakat Palestin seolah-olah satu pembunuhan bagi menghapuskan umat Palestin.
Sudah sampai masanya untuk kita melakukan jihad dengan membentuk organisasi ketenteraan, dan pastinya kita terhutang budi dengan mereka yang sanggup berjuang dan rela syahid. Cuma organisasi yang benar-benar sesuai belum ada, bagi menyusun dan melatih mereka.
Wahai kaum Muslimin,sedarilah bahawa kita pada ketika ini sedang diserang dari segenap sudut.Apakah kita masih leka dengan kenikmatan yang kita kecapi sedangkan kita sedang diserang?
Kita melihat di Asia Barat krisis Palestin yang mengorbankan banyak nyawa-nyawa Islam yang terkorban.Sebagai umat Islam kita merasa marah dan simpati dengan nasib yang menimpa saudara kita disana.Kita menghantar bantuan kemanusiaan sebagai rasa simpati kita.Sedarkah kita bahawa negara-negara Islam yang lain termasuk negara kita juga telah diserang oleh musuh-musuh Islam pada waktu ini?Musuh-musuh Islam telah menyerang kita dari segi pemikiran kita,dan yang paling penting dari segi aqidah kita.
Dahulu,kita selalu menang dalam setiap peperangan.Lahirlah tokoh seperti Salahuddin al-Ayyubi,Sultan Selim al-Fateh.Kita digeruni oleh musuh-musuh Islam.Namun,apa yang terjadi ketika ini?Kemenangan umat Islam terdahulu bukanlah bergantung kepada betapa hebat dan canggihnya teknologi persenjataan yang kita ada,tetapi disebabkan pegangan aqidah kita yang kuat dan pergantungan kepada Allah yang tinggi.
Hari ini,kita lemah kerana kita telah terperangkap dengan jerat yang telah dibuat oleh musuh-musuh Islam dalam perancangan mereka menjatuhkan Islam.Mereka telah mengatur strategi untuk melemahkan aqidah umat Islam secara keseluruhannya.Pertama,umat Islam pada ketika ini telah dilalaikan dengan hiburan-hiburan yang mengasyikkan.Kita lebih suka berhibur daripada beramal sehinggakan amalan wajib bagi kita seperti solat lima waktu kita ringan-ringankan malah ada yang mengabaikan.Kedua, minda kita telah dijajah dengan ideologi-ideologi barat yang menyebabkan kita tidak mahu mengamalkan Islam keseluruhannya.Minda kita telah ditutup dengan melihatkan cara hidup barat adalah yang terbaik.Undang-undang Islam yang dijelaskan dalam al-Quran tidak lagi diguna pakai walhal al-Quran itu diturunkan sebagai panduan hidup kita.Apakah undang-undang yang dicipta oleh manusia itu lebih baik daripada undang-undang yang Allah tetapkan?Ketiga,dari segi sosial kita,kita boleh lihat sendiri sekeliling kita.Suatu ketika dahulu,remaja Islam begitu bersemangat mempertahankan Islam seperti Usamah Bin Zaid yang mengepelai tentera Islam dalam satu siri peperangan walaupun ketika itu baru berusia 18 tahun.Contoh kedua ialah Sultan Selim al-Fateh yang berjaya menawan Konstatinopel pada ketika umurnya baru mencecah 21 tahun sedangkan Konstatinopel tidak dapat ditawan selama 800 tahun sebelumnya.Remaja Islam kita pada hari ini tidak lagi seperti contoh-contoh terdahulu.Mereka lebih cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan adab mulia dan agama........

Sunday, January 9, 2011

Malaysiaku Gemilang

Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan tekad mulia
Maju berwawasan
Mencipta keagungan

Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur

Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang

Saturday, January 8, 2011

NYALAKAN TEKAD

Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad dan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita

Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung

Nyalakan tekad di hujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa