Tuesday, October 5, 2010

apa yang kucari?

Dingin air yang beku
tidak sedingin hatiku ini
Sepi malam di gurun
tidak sesunyi yang ku alami
Dalam lautan biru
bukan sedalam cinta padamu
Tingginya Mahameru
bukan setinggi cita-citaku


Ku pendam cintaku padamu
Aku tertunduk malu
Apabila ku tatap wajahmu


Kini semua telah hilang
(Melayang, melayang)
Bagai burung lepaskan terbang
(Melayang, melayang)
Pada siapa ku merindu?
(Tak tahu, tak tahu)
Dengan siapa ku bercanda?
(Tak tahu, tak tahu)
Cari-cari, apa ku cari…
Akhirnya
Menangis sepi

apa yang kucari?

Dingin air yang beku
tidak sedingin hatiku ini
Sepi malam di gurun
tidak sesunyi yang ku alami
Dalam lautan biru
bukan sedalam cinta padamu
Tingginya Mahameru
bukan setinggi cita-citaku


Ku pendam cintaku padamu
Aku tertunduk malu
Apabila ku tatap wajahmu

Chorus:
Kini semua telah hilang
(Melayang, melayang)
Bagai burung lepaskan terbang
(Melayang, melayang)
Pada siapa ku merindu?
(Tak tahu, tak tahu)
Dengan siapa ku bercanda?
(Tak tahu, tak tahu)
Cari-cari, apa ku cari…
Akhirnya
Menangis sepi

hakikat perkahwinan


Perkahwinan memelihara mata ,fikiran,hati dan nafsu syahwat.Perkahwinan merupakan saluran yang betul untuk melepaskan nafsu.Melalui perkahwinan,banyak pahala diperoleh oleh mereka yang bergelar suami dan isteri.Membuat hubungan suami isteri pun sudah mendapat pahala.Perempuan yang menyusukan anak bukan sahaja memperoleh pahala bahkan dapat mengelakkan dirinya daripada terkena barah payudara.Perempuan yang mengandung dan melahirkan anak juga mendapat pahala yang melimpah-limpah.Hal ini tidak lagi termasuk khidmat isteri kepada suami seperti memasak dan mengurus hal rumah tangga.Perempuan yang terkena bahang api semasa dia memasak untuk suami dan keluarganya akan dijauhkan dari bahang api neraka.Tugas memasak ini memanglah tidak tersenarai dalam tanggungjawab isteri.Namun,adakah si isteri ingin melepaskan peluang mendapat pahala yang banyak?Si suami pun perlu juga membantu dan tidak selalu membebankan isteri.Tidak ada salahnya jika sekali-sekala si suami yang memasak untuk isteri.Sewaktu isteri baru lepas bersalin,si suami pula memasak untuk isteri pasti akan menambah kemesraan rumah tangga.Biarlah orang sekeliling mengata.Pun begitu,si isteri pula janganlah mengambil kesempatan atas kebaikan suami.Janganlah pula si isteri mengharapkan suami 100 %.Bersama-samalah membina bahagia.Makna perkahwinan bukanlah setakat hubungan seks semata-mata bahkan lebih dari itu.Melalui perkahwinan,segala hal dikongsi.Suami isteri perlu berganding bahu mendidik anak-anak.Sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu berpasangan.Sifat manusia itu dia perlukan teman dalam hidupnya.Bohonglah kalau dia mengatakan dia mampu hidup seorang.Sedangkan Nabi Adam,datuk kepada sekalian manusia merindukan Hawa.Namun,bukanlah mudah untuk bergelar suami dan isteri. Pelbagai ranjau perlu ditempuhi.Bagi lelaki,dia perlu merancang kerana dia akan mentadbir.Dialah yang akan menentukan hala tuju keluarganya sama ada ke neraka atau ke syurga.Dia perlu merancang kewangan termasuklah untuk membeli aset seperti rumah,kenderaan dan peralatan rumah.Tambahan lagi dengan perbelanjaan kelurga,pendidikan anak-anak dan pelbagai lagi.Bagi perempuan,dia pun turut kena bersedia dari segi mental dan rohani.Si isteri pun turut kena bijak membantu suami mentadbir keluarga.Bukanlah maknanya dia perlu menjadi `queen control` tapi perlu juga bersama-sama menyelesaikan segala kesulitan dalam rumah tangga.Kesimpulannya,perkahwinan yang merupakan rahmah dan anugerah daripada Allah perlu dirancang dengan sebaiknya dan perlu persediaan yang jitu sebelum bergelar suami isteri.