Friday, January 17, 2014

Dengarlah wahai....


Isu rumahtangga ada sahaja yang tidak kena.Dengan kehidupan yang semakin mencabar,seringkali kebahagiaan rumahtangga itui tergugat.Yang paling mudah dilihat ialah isu poligami.Walaupun dalam agama Islam,suami dibolehkan berkahwin lebih dari satu tapi hal ini jelas menimbulkan kesan yang mendalam kepada diri seorang isteri itu sendiri.Sudah semestinya tiada sesiapa yang mahu berkongsi kasih dengan orang yang disayang.Boleh dikata tiada perempuan yang rela dimadukan,walaupun lidahnya merelakan jauh disudut hatinya masih ada perasaan cemburu dan tidak merelakannya.Begitulah halnya perempuan. Cemburunya perempuan ini boleh diikuti dalam banyak kisah yang tidak kurang juga kisah isteri para anbiya.Siti Sarah ,isteri Nabi Ibrahim pada mulanya membenarkan suaminya berkahwin dengan Siti Hajar pembantunya kerana Siti Sarah tidak dapat melahirkan zuriat kepada Nabi Ibrahim.Apabila Siti Hajar melahirkan Nabi Ismail,mulalah timbul bibit-bibit cemburu pada diri Siti Sarah apabila melihatkan kemesraan yang jelas timbul antara Nabi Ibrahim dan Siti Hajar sehingga Allah s.w.t mengilhamkan Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail di Mekah. 
Para isteri Rasullullah juga tidak ketinggalan sifat cemburu mereka,sehingga mereka mengajukan pertanyaan cepu emas  kepada Rasullullah  diantara mereka  isteri  yang  Baginda paling sayang. Baginda dianugerah kebijaksanaan.Sekiranya Baginda mengatakan salah seorang antaranya,sudah  tentu yang lain akan terasa.Baginda tidak terus menjawab,setiap malam Baginda bersama isterinya yang berlainan Baginda memberi  sebentuk cincin dan Baginda berpesan supaya hal itu tidak diceritakan  kepada isteri yang lain.Maka apabila dihimpun semula isteri-isteri,Baginda memberitahu isteri yang paling Baginda sayang ialah isteri yang Baginda hadiahkan cincin kepadanya.Maka semua isteri merasakan merekalah isteri Rasullullah yang paling Baginda sayang.Aisyah,isteri Rasullullah pernah berkata bahawa rasa cemburunya  kepada Siti Khadijah yang  beliau tidak pernah jumpa mengalahkan rasa cemburu dengan isteri Baginda yang lain.Apakah  istimewanya Siti Khadijah itu dimata Rasullullah sehingga Baginda sering kali menyebutnya walaupun Siti Khadijah sudah meninggal dunia?
Apabila berlaku penceraian atau suami berkahwin lagi,sedangkan si isteri tidak merelakannya,seringkali si isteri akan menyalahkan si suami sepenuhnya.Apa kurangnya dia dibandingkan perempuan itu?Memang tidak dinafikan suami berpoligami ini kekadang atas dorongan nafsu,tidak cukup atau sudah berasa jemu dengan layanan si isteri selama ini.Mereka berlapikkan bahawa itu amalan mengikut sunnah  Rasullah yang beristeri ramai.Pun begitu,sunnah Rasullah terhadap layanan mesra,romantik Baginda dan komunikasi berkesan Baginda terhadap isteri-isteri Baginda tidak pula mereka ikut.
Kekadang sikap dan perangai isteri itu yang mendorong suami  melakukan perkara yang dianggap curang terhadap perasaan si isteri.Perempuan  memang diciptakan beremosi lebih tinggi dari lelaki,tapi perlulah dikawal emosi itu.Antara sikap isteri yang mengundang rasa tidak puas hati di kalangan suami:

1-Tidak menyambut kepulangan suami dengan mesra
Mengapa Rasullullah begitu sayang kepada Siti Khadijah?Hal ini kerana Siti Khadijah begitu memahami dan sanggup berkorban sepenuhnya untuk Baginda.Siti Khadijah yang kaya-raya mengorbankan seluruh hartanya untuk perjuangan suaminya menyebarkan Islam yang begitu mencabar kepada orang-orang kafir.Sewaktu Rasullullah pulang dari Gua Hira` dalam keadaan ketakutan teramat,Siti Khadijah tidak terus menanya sebaliknya menenangkan Baginda dengan menyelimutkan Baginda semasa Baginda mengigil di baringan.Hal ini jelas berbeza kepada kebanyakkan isteri pada zaman hari ini.Belumpun sempat si suami membuka stokin,pelbagai tujahan tidak berasas ditujukan kepada suami.Hal ini kerana dek mendengar kata-kata orang,suami yang pulang lewat dikata pula berfoya-foya.Sedangkan si isteri tidak mengetahui apa-apa yang dilalui si suami sepanjang harinya dia bekerja.Yang menaiki motor,tetiba hujan,kuyup,ingat balik rumah boleh rehat dan mengharap isteri merasa kasihan tetapi yang berlaku sebaliknya,tanpa usul periksa si suami dileteri kerana pulang lambat.Seolah dia sahaja penat urus hal rumah (bagi isteri tidak bekerja,bagi isteri bekerja pun sama,sama-sama penat,jadi timbang rasalah).Yang naik kereta,si isteri tak tahu yang suami balik dalam keadaan tekanan akibat kesesakan,mungkin ada tanah runtuh,kemalangan.Si isteri juga tak tahu nasib malang yang dilalui sisuami hari itu,entah-entah kena marah dengan bos ,gaduh dengan rakan sekerja dan sebagainya.Seeloknya jika isteri tidak puas hati pun,perlu tengok keadaan,kawal emosi itu,si suami balik sambutlah dengan senyuman kerana senyuman manis yang ikhlas si isteri telah cukup membuatkan hati suami bahgia,seakan semua masalah telah selesai.Namun,kalau si suami dalam keadaan stress,balik melihat wajah si isteri yang masam mencuka,bukankah menambah lagi stress pada sisuami? Tanpa  perlu banyak bicara,si isteri dengan rela hati bukakan kasut dan stokin  semasa suami pulang kerja.Kemudian,mengambil segelas air minuman dan diberi kepada si suami.Tanpa disuruh,bahu dan kepala si suami dipicit dan senyuman mesra diberi selalu.Sungguh bahagianya si suami diberi layanan sebegitu,jika si suami yang normal mendapat layanan sebegitu takkan sanggup untuk melukakan perasaan isteri dengan melaku curang terhadap isteri.
2-Kurangnya sifat penggoda isteri
Seawal  mula perkahwinan,si isteri sentiasa berhias-hias,sentiasa mesra bersama si suami.Apabila semakin lama,hal itu akan semakin berkurang.Kekadang si isteri ini sudah tidak mahu melayan lagi kerenah si suami yang ingin manja-manja dengan isteri.Perkahwinan bukan setakat hubungan seks bahkan ia lebih dari itu.Kepuasan seks hanya sementara,selalu melayan seks pun akan berasa penat dan lesu kerana sel-sel  dan tenaga  perlu masa untuk dibentuk semula.Rasullullah sering bermanja-manja dengan isteri Baginda.Baginda sering ingin diriba isterinya dan isteri Baginda membelai rambut Baginda.Semakin lama usia perkahwinan semakin kurang pula sikap penggoda si isteri ini,apabila digoda si suami untuk bermanja-manja,ia bersifat keras pula.Ada yang sampai melenting,rimas katanya.Ada yang kata malu,malu pada anak,malu pada cucu,walaupun si suami hanya ingin berpegang tangan yang jelas halal bagi suami isteri.Semasa bercinta atau yang masih baru berumah tangga,hendak sahaja berpegang tangan seperti tak mahu lepas.Kentut yang busuk pun  berbau wangi.Apabila sudah lama berkahwin timbul pula rasa jemu itu.Rasullullahah graf kemesraan bersama isteri-isterinya  semakin lama  berkahwin semakin tinggi pula kemesraannya .Sedangkan kita pada hari ini,graf kemesraan itu pada mulan naik mendadak kemudian mula menurun sedikit demi sedikit kemesraan itu.Seharusnya si isteri memain watak penggoda yang penting supaya si suami tidak rasa mahu melihat pada wanita lain.Hati dan fikiran suami sudah tertawan dengan si isteri. Si isteri perlu menggoda suami,jangan sampai perempuan lain yang berjaya menggoda si suami. Kadang si isteri bermekap cantik-cantik diluar rumah,apabila bersama suami,keadaan itu tidak berlaku,anggapan si isteri kat rumah jer pun,mengapa perlu cantik-cantik?Maka kecantikkan itu untuk si suami atau mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain?
3-Sikap isteri yang suka marah-marah pada suami
Dua cara kebiasaan para wanita melepaskan stress.Pertama,ialah dengan menangis dan yang kedua adalah membebel.Bagi isteri yang tidak bekerja,tekanannya banyak berlaku dirumah,tekanan dengan perangai anak-anak,tekanan dengan kerja-kerja rumah.Jika sesiapa yang mengatakan surirumah tidak penat dan tidak menghadapi tekanan,ia adalah salah.Si isteri mengharap agar si suami memahami situasi berkenaan.Perubahan emosi wanita ini juga berlaku atas sebab ketidakhadiran yang mereka alami yang tidak dirasai langsung para suami seperti keluarnya haid,mengandung dan melahirkan anak dan lain-lain penyakit.Bagi wanita yang berkejaya pun serupa.Dalam mengahadapi dunia yang semakin mencabar ini para isteri telah keluar bekerja bagi meringankan beban yang ditanggung suami.Namun,mereka tidak boleh lupa tanggungjawabnya sebagai seorang  isteri dan ibu.Si suami juga perlu fikir apabila sama-sama berkejaya,sama-sama pulang dari kerja dalam keadaan penat,seeloknya  mengurus rumah dan anak-anak dilakukan bersama .Bukan  mengharapkan isteri  semata-mata untuk masak,basuh baju,lipat baju.Sekiranya,si suami berganding bahu,si isteri tentu berpuas hati.Apabila terlalu tertekan,para isteri kekadang lupa akan had mereka sebagai isteri.Akibatnya si suamilah menjadi mangsa bebelan dan marahan si isteri,bukan kerana apa-apa,tetapi mereka penat tambah dengan ketidakhadiran mereka itu.Si suami pun bertimbang rasalah sikit.Itulah cara wanita melepaskan stress,lelaki banyak lagi cara melepaskan stress dengan bersukan,beriadah,bersama rakan-rakan.Namun,tekanan harus ditangani dengan bijak.Syurga di bawah tapak kaki suami.Para isteri tidak boleh melenting kepada suami jika ikut sepatutnya.Bagi  suami,kalau sekali sekala dimarahi isteri tiada apa-apa lagi tapi kalau selalu si suami akan naik meluat juga.Yang seeloknya dalam rumah tangga kedua-duanya janganlah terlampau berkira,si suami menghalalkan sebarang kekurangan layanan isteri dan si isteri menghalalkan kekurangan pemberian nafkah dari suami.Makin lama,makin pudarlah rasa mesra dan sayang kalau selalu sahaja berperang.Hari-hari kena marah,tidak pasal-pasal siapalah yang boleh tahan.Bak kata Pramlee,andainya jemu mengganti rindu jambangan mesra tentulah layu.Tambah lagi si isteri memarahi si suami didepan orang ramai,di depan anak-anak,didepan keluarga.Lagilah tersentuh ego suami.Walau apa-apa pun si suami adalah ketua keluarga,tindakan si isteri itu telah menyebabkan si suami berasa rendah diri dan malu dengan ahli keluarga,seolah-olah martabatnya sebagai ketua  direndah-rendahkan.Antara tanggungjawab isteri ialah menjaga aib suami dan tidak menjatuhkan aib suami pada atau depan orang lain.Dalam diam si suami memendam rasa dan menyimpan dendam pula pada tingkahlaku si isteri itu.
4-sikap isteri yang memperkecilkan kemampuan dan keupayaan suami
Setiap manusia ada egonya sendiri.Tidak kiralah lelaki atau perempuan.Yang lelaki egonya ialah ia sentiasa ingin dirinya dilihat mampu,kuat,gagah dan sebagainya.Bagi si perempuan ,ia mahu sentiasa dipandang cantik tidak kiralah walaupun dia seorang perempuan yang sangat hodoh pada pandangan orang,gelap dan sebagainya.Itu adalah naluri semulajadi manusia.Kebanyakkan suami ,kalau boleh urusan isteri dan anak-anaknya biarlah dia sendiri yang uruskan.Contoh,si suami berasa dia mampu membiayai pengajian anaknya tanpa perlu sebarang bantuan.Namun,realitinya tidak seperti diharapkan,berbanding gajinya yang kecil,memang terpaksa juga minta bantuan pihak lain.Hal ini sebenarnya mencabar kwibawaaannya sebagai ketua,seolah-olah dia begitu lemah,tapi dah tak boleh terpakasalah.Perempuan itu memiliki nafsu keinginan yang lebih kuat dari lelaki,macam-macam yang dia nak.Tak larat si suami nak melayan permintaan si isteri yang  bermacam-macam ini seperti lagu Saleem, “Pintamu keterlaluan,mahligai puncak kayangan,tak bias ku tunaikan”.Apabila tak dapat,ia seakan memberontak pula.Lebih menyakitkan apabila si suami dibanding-banding dengan orang lain.Tengok jiran sebelah itu sayang dekat isteri beli macam-macam.Diminta beli cincin emas oleh isteri,si suami hanya mampu membeli cincin suasa.Sepatutnya si isteri perlu berterima kasih.Tetapi riak isteri yang tidak berpuas hati dengan pemberian suami itu membuatkan suami terasa.Walaupun sisuami tidak memenuhi kesemua keperluan isteri,tetapi dia telah berusaha sebaik mungkin dan itu sahaja dia mampu sediakan demi kasih sayangnya.Si suami meminta supaya dihargai,tetapi sikap isteri yang seolah-olah berkata macam “itu sahaja yang boleh beri” membuat si suami terasa sangat.
Pelbagai perkara lagi boleh dilakukan suami isteri dalam mengecapi kebahagiaan rumah tangga.Isu rumah tangga haruslah ditangani dengan baik agar keharmonian dapat diperlihara dan dijaga sepanjang masa.Semua orang mengharapkan keluarga yang bahagia kerana itu adalah idaman setiap insan yang dahagakan belaian serta kasih dan sayang.