Wednesday, December 22, 2010

alam tanahair patriotik

Dadanya menyapu awan berarak lalu….
Rambutnya mengirai urai mengalun lagu….
Dari puncaknya segar mengalir dingin air….
Itulah gunung tempat tanah tercinta bangsaku….
Dengarlah bisik gemersik sungai jernih….
Burung-burung berkicau melayang di tebingnya…
Disini ikan bermain di lumut batu….
Di sini petani merasakan nikmat dinginmu…

Pantainya tempat berteduh tiap hati….
Dihujungnya alisnya gigi air membelai lembut…
Salam dari gelombang membawa suara nelayan…
Laut melambai perahu memberi rezeki hidup…
Sawah ladang pepohon nan subur…
Petani kehitaman dipanggang matahari…
Dusun dan belukar yang berzaman-zaman…
Rakyat adalah ahli waris pemilik segalanya…

Tuesday, October 5, 2010

apa yang kucari?

Dingin air yang beku
tidak sedingin hatiku ini
Sepi malam di gurun
tidak sesunyi yang ku alami
Dalam lautan biru
bukan sedalam cinta padamu
Tingginya Mahameru
bukan setinggi cita-citaku


Ku pendam cintaku padamu
Aku tertunduk malu
Apabila ku tatap wajahmu


Kini semua telah hilang
(Melayang, melayang)
Bagai burung lepaskan terbang
(Melayang, melayang)
Pada siapa ku merindu?
(Tak tahu, tak tahu)
Dengan siapa ku bercanda?
(Tak tahu, tak tahu)
Cari-cari, apa ku cari…
Akhirnya
Menangis sepi

apa yang kucari?

Dingin air yang beku
tidak sedingin hatiku ini
Sepi malam di gurun
tidak sesunyi yang ku alami
Dalam lautan biru
bukan sedalam cinta padamu
Tingginya Mahameru
bukan setinggi cita-citaku


Ku pendam cintaku padamu
Aku tertunduk malu
Apabila ku tatap wajahmu

Chorus:
Kini semua telah hilang
(Melayang, melayang)
Bagai burung lepaskan terbang
(Melayang, melayang)
Pada siapa ku merindu?
(Tak tahu, tak tahu)
Dengan siapa ku bercanda?
(Tak tahu, tak tahu)
Cari-cari, apa ku cari…
Akhirnya
Menangis sepi

hakikat perkahwinan


Perkahwinan memelihara mata ,fikiran,hati dan nafsu syahwat.Perkahwinan merupakan saluran yang betul untuk melepaskan nafsu.Melalui perkahwinan,banyak pahala diperoleh oleh mereka yang bergelar suami dan isteri.Membuat hubungan suami isteri pun sudah mendapat pahala.Perempuan yang menyusukan anak bukan sahaja memperoleh pahala bahkan dapat mengelakkan dirinya daripada terkena barah payudara.Perempuan yang mengandung dan melahirkan anak juga mendapat pahala yang melimpah-limpah.Hal ini tidak lagi termasuk khidmat isteri kepada suami seperti memasak dan mengurus hal rumah tangga.Perempuan yang terkena bahang api semasa dia memasak untuk suami dan keluarganya akan dijauhkan dari bahang api neraka.Tugas memasak ini memanglah tidak tersenarai dalam tanggungjawab isteri.Namun,adakah si isteri ingin melepaskan peluang mendapat pahala yang banyak?Si suami pun perlu juga membantu dan tidak selalu membebankan isteri.Tidak ada salahnya jika sekali-sekala si suami yang memasak untuk isteri.Sewaktu isteri baru lepas bersalin,si suami pula memasak untuk isteri pasti akan menambah kemesraan rumah tangga.Biarlah orang sekeliling mengata.Pun begitu,si isteri pula janganlah mengambil kesempatan atas kebaikan suami.Janganlah pula si isteri mengharapkan suami 100 %.Bersama-samalah membina bahagia.Makna perkahwinan bukanlah setakat hubungan seks semata-mata bahkan lebih dari itu.Melalui perkahwinan,segala hal dikongsi.Suami isteri perlu berganding bahu mendidik anak-anak.Sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu berpasangan.Sifat manusia itu dia perlukan teman dalam hidupnya.Bohonglah kalau dia mengatakan dia mampu hidup seorang.Sedangkan Nabi Adam,datuk kepada sekalian manusia merindukan Hawa.Namun,bukanlah mudah untuk bergelar suami dan isteri. Pelbagai ranjau perlu ditempuhi.Bagi lelaki,dia perlu merancang kerana dia akan mentadbir.Dialah yang akan menentukan hala tuju keluarganya sama ada ke neraka atau ke syurga.Dia perlu merancang kewangan termasuklah untuk membeli aset seperti rumah,kenderaan dan peralatan rumah.Tambahan lagi dengan perbelanjaan kelurga,pendidikan anak-anak dan pelbagai lagi.Bagi perempuan,dia pun turut kena bersedia dari segi mental dan rohani.Si isteri pun turut kena bijak membantu suami mentadbir keluarga.Bukanlah maknanya dia perlu menjadi `queen control` tapi perlu juga bersama-sama menyelesaikan segala kesulitan dalam rumah tangga.Kesimpulannya,perkahwinan yang merupakan rahmah dan anugerah daripada Allah perlu dirancang dengan sebaiknya dan perlu persediaan yang jitu sebelum bergelar suami isteri.

Sunday, August 1, 2010

menjinakkan merpati.......


Bukan mudah merpati nak dijinakkan.Jinak-jinak merpati,kita datang dekat dia lari.Merpati yang hadir menyerikan suasana taman.
Merpati sukakan jagung.Sesudahnya kita taburlah jagung dikala dia sedang terbang dikawasan kita.Menarik minat si merpati untuk singgah.
Usah terburu menangkapnya mahupun menghampirinya.Jangan gelojoh!!Taburkan jagung selalu sehingga merpati merasa aman dan ingin selalu disitu.
Ribut yang datang menyebabkan merpati lari meninggalkan kita.Tunggulah ribut reda,kemudian taburkan jagung kembali.Merpati masih mengharap akan jagung.Dia pasti akan terbang kembali ke tempat kita tabur jagung.
Sekali lagi jangan terburu-buru ingin menangkap merpati.Walhal dalam masa yang sama kita siapkan jerat untuk menangkapnya.Shhhhh!!Senyap!Jangan sampai merpati ketahuan.
Merpati yang ingin terbang jauh.Ingin merasa enaknya pizza.Tidak sama dengan enaknya jagung yang kita beri.Bersabar!Andai merpati kembali ,taburlah lagi jagung itu.
Dikala merpati sudah mulai jinak.Dia kini rela dibelai oleh kita.Tidak lagi dia lari.Masa itu kita boleh bawa dia balik rumah.Andai nak melakukan apa-apa pun pada merpati,itu tidak lagi menjadi masalah.Nak terus dibela dalam sangkar atau nak menikmati jagungnya.
Andainya ingin menjeratnya terus dan tidak mahu lebih lama sehingga dia benar-benar jinak,jerat dipasang di tempat kita taburkan jagung.Senyap tapi berkesan.Berhati-hati kalau tidak dia lari.Dikala merpati sudah berada dalam genggaman,masa itulah masa kita untuknya....

burung camar........

Andai Burung Camar Di Lautan
merasakan Derita Jiwaku
hati Yang Menangis Tiada Tertahan
sedihku Tak Seorangpun Tahu

Betapa Keras Hatiku Ini
aku Tak Pernah Berpaling Cinta
jangan Kau Siksa Batin Yang Lemah Ini
kau Campakkan Daku Tanpa Dosa

Dirimu Masih Penuh Arti
kuingin Mesra Bagai Dahulu
cintamu Masih Dihatiku
tertanam Memberi Kemesraan

Burung-burung Camar
hiburlah Hatiku
burung-burung Camar
titip Rinduku Buat Si Dia
dia Yang Sangat Kusayang
si Dia
Dia Yang Sangat Kusayang

Betapa Kerasnya Karang Di Pantai
menjerit Oleh Gigitan Badai
betapa Besar Cinta Ada Dihati
menjerit Bila Dilanda Sepi

Wednesday, July 28, 2010

disaat gagak hitam menjadi lang garuda.....

Siapalah gagak hitam nak dibanding dengan burung yang lain?Warnanya hitam tidaklah secantik burung yang lain.Sudahlah begitu,gagak hitam hanyalah pemakan sisa.Mencari sisa-sisa makanan yang sudah dibuang.Di tong sampah!Di tempat yang menjijikkan.

Hidupnya dianggap menyusahkan.Sampai masanya dia mati dihujung peluru.Apalah dayanya untuk terbang tinggi segagah helang.Gagak hitam membawa sial dan penyakit fikir manusia. Gagak hitam yang lemah masih menginginkan dirinya untuk menjadi helang.

Helang gagah dipuji manusia.Sayapnya cukup kuat untuk membawanya terbang tinggi.Matanya yang tajam menjadikan helang sudah cukup mampu untuk mencari makanan sendiri.Tak perlu lagi mengharapkan ihsan manusia kepadanya.

Helang simbol kemegahan diangkasa raya.Pahlawan yang unggul dengan ciri dan gayanya yang hebat.Tangkas mengharungi angkasaraya.Disaat gagak hitam menjadi Lang garuda!Dia tidak akan lagi menjalani kehidupannya yang suram.Gagak hitam yang selama ini dihina dan dikeji menjadi pujaan ramai.

Gagak hitam akan menjadi tumpuan,dipandang tinggi manusia.Tidak lagi gagak hitam dipandang sepi.Gagak hitam sudah cukup kuat untuk terus terbang dari setiap ranjau dan duri.

Gagak hitam masih gagak hitam.Belum lagi dia bertemu formula untuk dia menjadi Lang Garuda.Masih lemah!Namun harapannya cukup kuat untuk menjadi Lang Garuda.Mampukah dia!??

mentari yang sembunyi

mentari yang sembunyi......

Tak mungkin mentari akan terus sembunyi.Esok dia akan menggantikan tempat bulan.Mentari tidak akan selamanya di balik lindungan gunung.Dia perlu keluar dan bersinar menyinari bumi.

Fajar siang akan menyinsing menggantikan kegelapan malam.Hari tidak akan selamanya malam.Sampai bila sang suria hendak bersembunyi dari tempat persembunyiannya?Ayuh tunjukkan diri dan gagahla berdiri di ufuk timur.Terus memberi cahayamu ke sekelian alam.

Bumi ini perlukan sinaran yang dapat menyinarinya dari kegelapan.Menyuluh dan memberi terus kehidupan.Usah la dikira dan dibilang waktu senja yang bakal menjelang.Biarkan ia!