Tuesday, April 5, 2011

Hakikat Perkahwinan 2

Perkahwinan ibarat pelayaran sebuah kapal dan suami adalah nakhodanya.Laut tidak selalunya tenang.Pasti dan pasti gelora akan menimpa dan memukul kapal itu.Terpulanglah pada si nakhoda untuk mengawal dan menentukan hala tuju kapal itu.Ombak dan gelora yang datang ketika ini dari segenap arah.Kapal terumbang-ambing.Jika si nakhoda bersama-sama tidak cekap mengawalnya,sudah pasti kapal akan karam.Bukan sahaja anak-anak kapal yang akan lemas,bahkan si nakhoda juga akan lemas.Maka sokongan dari anak-anak kapal dan pembantu nakhoda amat diperlukan dan si nakhoda juga perlu mendengar anak buahnya.Jika ombak kecil mungkin mudah untuk ditepis,tetapi jika yang datang tsunami???Kekadang tindakan nakhoda tidak disenangi anak-anak kapal.Si nakhoda menyuruh meredah gelora,meredah ombak besar kerana dia seakan sudah tahu apa-apa yang menanti disebalik gelora tersebut.Namun,ini adalah saat kritikal sama ada kapal akan karam atau mencapai sesuatu yang diharapkan itu.Jadi bersama-samalah nakhoda dan anak kapal untuk mengawal kapal tersebut untuk sampai ke pelabuhan terakhir yang pasti.Si nakhoda juga perlu melengkapkan dirinya dengan ilmu pelayaran sebelum mengawal sebuah kapal yang akan mempunyai banyak anak kapal.
Anak-anak pula seperti biji benih yang baru ingin tumbuh.Kita perlu menabur baja,menyiram air dan meletakkanya di tengah matahari untuk bernafas.Kadang-kala semuanya kita dah buat.Kita rasa kita sudah beri baja secukupnya,tetapi kenapa pokok itu masih tetap tumbang apabila angin yang datang dari segenap arah kena padanya itu??Hal ini kerana kita tidak letak kayu sokongan pada pokok itu kerana ia hanya biji benih yang baru ingin tumbuh.Dan sokongan itu perlu diletakkan dalam jangka masa yang tertentu sehinggala pokok itu sudah kuat akarnya memaut bumi.Maka apa-apa jua angin yang datang,pokok itu tidak akan mudah tumbang.Dan pada satu masa,apabila ukur lilit pokok itu sudah cukup besar,maka pokok itu sendiri akan menjadi pelindung kepada kita daripada angin puting beliung yang datang.Bukan sahaja itu,malah pokok itu juga dapat mengeluarkan buah yang dapat dimakan disamping menjadi tempat kita berehat dari panas terik matahari.Jika ibu bapa sibuk dengan tugas masing-masing tanpa menghiraukan anak-anak,maka ibu bapa akan disalahkan.Tidak cukup jika setakat memberi anak-anak pelajaran sahaja.Jika ada pembantu rumah,tidak bererti dialah yang akan mendidik dan dia akan disoalkan balik oleh anak-anak ,"kau siapa nak tegur-tegur aku,sedangkan mak bapak aku sendiri tidak peduli hal aku".Kekadang anak-anak depan ibu kelihatan sangat baik,pijak semut pun tak mati.Tetapi dibelakang,harimau buas dihutan,jerung ganas dilautan.Didalam keadaan dunia yang menggila pada ketika ini,angin ribut dari segenap arah,maka berhati-hatilah.