Saturday, September 13, 2014

Kesabaran Ayub

    Nabi Ayub a.s hidupnya mewah dengan anak isteri yang ramai,tanah-tanah , ladang yang luas dan binatang peliharaan yang banyak.Baginda amat dihormati kaumnya. Baginda berasal dari keturunan Ishak anak Ibrahim.Hal ini amat dicemburui musuh manusia,Iblis laknatullah.Berkata Iblis kepada Allah," Wahai Allah aku ingin menguji keimanan Ayub"....Maka Allah memberi kebenaran kepadanya,"Maka engkau mendapati Ayub adalah dari hambaku yang sabar,firman Allah".

    Justeru itu,dengan keizinan diberi kepada Iblis, Iblis telah merencana rancangannya untuk mengugat keimanan Ayub. Lalu dia bersama konco-konconya telah membakar ladang Ayub dan menjahanamkan keseluruhan harta  Ayub musnah kesemuanya,lalu dia datang kepada Ayub supaya Ayub merasa susah dengan perkhabaran itu namun Ayub sebaliknya mengucap syukur dengan musibah itu,Iblis pulang dengan hampa.Lalu dia merencankan rancangan seterusnya,habis kesemua anak Ayub dibunuhnya,namun Iblis masih lagi hampa kerana tidak berhasil mengugat Ayub.Iblis tidak berputus asa,lalu dihembuskannya penyakit kepada Ayub. Lalu Ayub ditumbuhi kudis.

    Ayub kini tidak lagi seperti dulu,badannya ditumbuhi ulat dan berbau,orang ramai mula menjauhinya.Hanya seorang sahaja isterinya yang masih lagi ingin bersama dengannya,yang lain telah diceraikan atas permintaan mereka sendiri.Nabi Ayub dan isterinya tinggal jauh dari masyarakat kerana wabak penyakit itu menyebabkan orang ramai berasa khuatir akan penyakit itu boleh merebak kepada mereka. Berkatalah suatu hari isterinya kepada Nabi Ayub "Wahai Ayub sesungguhnya engkau itu seorang nabi yang mulia disisi Allah,maka mintalah untuk kesembuhanmu".Lantas Ayub berkata "Wahai isteriku,sesungguhnya aku malu untuk meminta kepada Allah,Dia telah memberikan ku kesenangan selama 80 tahun,apakah aku tidak boleh sabar dengan ujiannya ini".

    Tinggallah Ayub sehingga  boleh kelihatan tulangnya,hati dan lidahnya masih lagi baik dan Baginda sentiasa berzikir pada Allah sewaktu sakitnya itu.Sehinggalah ulat-ulat itu tidak ada lagi daging untuk dimakannya,maka saling makan diantara mereka sehingga tinggal 2 ekor sahaja.Lalu yang seekor ke lidahnya dan seekor lagi ke hatinya.Pada masa inilah Ayub berdoa kerana bimbang Baginda tidak boleh lagi berzikir kepada Penciptanya sekiranya ulat-ulat itu memakan hati dan lidahnya, " Sesungguhnya aku telah ditimpa bahaya yang dahsyat , sedang Engkau Dzat yang Maha Pengasih."  Lalu Allah Taala menjatuhkan kedua itu dari diri Nabi Ayyub a.s maka yang jatuh ke di air kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan darah, dan yang satu lagi jatu di darat yang kelak menjadi lebah yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia .

    Kemudian datanglah malaikat Jibril a.s dengan membawa buah delima syurga. Kata Nabi Ayyub a.s ; " Ya Jabril , apakah Tuhanku masih ingat kepadaku?" Kata Jibril " Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruhmu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu."

    Ketika Nabi Ayyub a.s memakan kedua delima itu, Jibril berkata lagi : " Berjalanlah dengan kedua kakimu." maka Nabi Ayyub a.s pun berdiri dengan izin Allah!." Maka Nabi Ayyub a.s memukul kakinya yang kanan ke tanah, sehingga keluarlah air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin sehingga ia minum dari air tersebut . Kemudian hilanglah segala penyakitnya, baik bahagian luar mahupun dalam. Dan tubuhnya Nabi Ayyub a.s lebih gagah dan tegap semula, wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama .